Kawan-kawan kakcik

Rabu, 24 Ogos 2011

Lambang KEKEBALAN atau lambang SAMSENG? ...

Aku tahu bahawa perasaan benci adalah sesuatu yang tidak elok untuk terbit di hati.  Alasan klise - 'aku hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan'. Jadinya, tidaklah salah untuk perasaan benci itu terbit bila hati sudah sakit atau disakiti.  Kata orang 'aku boleh memaafkan tapi sukar untuk melupakan'.  Hehehe.. aku sudah mula membebel semula sebelum bercerita hal yang sebenarnya!

Beberapa hari lepas, aku dan suami masuk (berkereta) ke satu lorong sehala.  Dari depan, masuk sebuah kereta yang pemandunya begitu angkuh dan enggan mengalah.  Terus sahaja bergerak ke hadapan untuk memaksa kereta kami berundur walaupun ternyata pemandunya yang salah masuk ke lorong tersebut.  'Angin' suamiku agak baik sedangkan aku pulak yang dilanda puting beliung terus mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya, lalu beliau mengundurkan kereta kami.

Aku sempat menjeling ke cermin hadapan kereta tersebut.  'Ah... patutlah....'.  Memang padan dengan lagak pemandu kereta tersebut!

Petang semalam pula, aku mengajak suami ke Pasar Juadah untuk membeli sedikit kuih.  Sebuah kereta diletak di tengah jalan dan mengganggu lalu lintas.  Tiada pula tanda-tanda kereta itu rosak.  Sekali lagi hatiku menyuruh mataku menjeling ke arah cermin hadapan kereta tersebut.  Sah! lambang yang sama dengan kereta yang sebelum ini terlekat di situ.

Hmmmm.  Mudahnya manusia lupa bahawa tiada yang lebih berkuasa dari Allah Yang Maha Esa.  Rasanya siapa pun boleh meletakkan lambang yang ada tiga warna tu - tapi... 'lu abang long ka... lu ayahanda ka... lu tetap akan ke 'sana' juga...'



Doa di hari lahir...

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad Sallallahhu'alaihiwassalam

Ya Allah
aku bersyukur padaMu
untuk lima puluh tahun 
yang telah Engkau pinjamkan padaku
untuk segala yang telah Kau 
limpah dan kurniakan
walau hakikatnya aku adalah
hamba yang tidak tahu menghargai

Ya Allah
untuk lima puluh tahun yang telah berlalu
amat sedikit amal ibadatku
amat kurang ucap syukurku padaMu
amat hina diri ini di sisiMu

Ya Allah
tidak tahu berapa lama lagi
nyawa ini akan Kau pinjamkan
namun aku amat berharap
agar saat kembaliku nanti
bukan pengembalian yang kosong semata-mata
bukan pulang tanpa bekalan ke Syurga

Ya Allah
terimalah kepulanganku nanti
sebagai pulangnya seorang yang beriman
walau aku tidak layak
untuk syurgaMu
namun aku sangat takut
akan azab nerakaMu.


Selasa, 23 Ogos 2011

Leganya...




Semalam seharian mencari perbezaan sebanyak RM2,206.84.  Sampailah jam 9.15 tadi baru selesai.  Ahhhh... leganyaaaa...