Kawan-kawan kakcik

Isnin, 27 Jun 2011

Langkawi Cable Car...

Hasratku untuk berkunjung ke Langkawi telah dipermudahkan oleh Allah SWT.  Alhamdulillah.  Aku telah menumpang keluarga seorang kenalan (Pengurus Kanan di Syarikat tempat suamiku bekerja).  Pada mulanya suami tidak membenarkan aku pergi bersendirian, tetapi apabila berteman dia tidak menghalang.  Segalanya tidak dirancang, aku berselisih jalan dengan keluarga berkenaan pada pagi Sabtu tersebut.  Ringan mulutku bertanya mereka 'hendak ke mana'.  Bila diberitahu mereka hendak ke Langkawi, ringan juga mulutku menyebut 'hendak ikut'.  Mereka berempat beranak, campur aku jadi lima.  Di Langkawi kami menyewa kereta dengan kadar RM50.00. 

Tempat pertama yang kami tuju selepas mengisi minyak kereta ialah Langkawi Cable Car di Gunung Machinchang...

Nampak saja senyum tu padahal hati dah mula kecut!

Kalau seorang diri besar kemungkinan aku tidak akan naik kereta kabel ini

Sayup mata memandang

Bagaimana agaknya jambatan ini dibina?

Aku tak berdaya untuk turun jadi aku sekadar mengambil gambar dari jauh.

Hanya sampai di sini sahaja aku mampu 'mendaki'

'Mulut tanpa insuran'ku sempat juga memberi khidmat nasihat percuma kepada
anak-anak muda ini agar tidak merokok sewaktu 'sedang bekerja'.  Itupun selepas
aku kenyang makan sebiji burger ayam yang berharga RM5.90.

Diupah RM1,000.00 pun aku tidak akan berani menaiki kereta kabel yang ini.

Naik dulu baru tahu bagaimanakah perasaan berada tergantung-gantung begitu.


Mak tu bukan nak ajak Adik.
Kalau selalu macam ni, Adik nak merajuk la...


 


Jumaat, 24 Jun 2011

Teman bagaimanakah yang kamu cari?...

Pesan Saidina Ali R.A...

'jauhilah berteman dengan PEMBOHONG kerana ia boleh menjadikan yang dekat lari darimu,

 jauhilah berteman dengan orang yang BAKHIL kerana ia akan melupakanmu saat kamu sangat memerlukannya,

 jauhilah mereka yang berbuat KEJAHATAN kerana dia tidak teragak-agak untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah.'

Nota hati : Terima kasih kepada seorang temanku yang berada di Selatan Semenanjung kerana tidak pernah lupa untuk mengirim pesanan ringkas berbentuk tazkirah kepadaku pada setiap pagi Jumaat.  Semoga Allah merahmatimu, teman.

'Adik pun selalu ingat kat mak terutama waktu makan
sebab adik lebih suka kalau mak yang suapkan.'






Jumaat...

pandangan biasa di surau sesetengah pejabat
jam menunjukkan pukul tiga tepat
.
.
.

Gambar hiasan (ini program sewaktu di Sabah akhir bulan Mei yang lalu)
.
.
.

kiranya makin panjang waktu rehat
makin lewat pula menunaikan solat



Mak jangan mengumpat
sebab mak pun kadangkala terlibat!