Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 24 Jun 2011

Jumaat...

pandangan biasa di surau sesetengah pejabat
jam menunjukkan pukul tiga tepat
.
.
.

Gambar hiasan (ini program sewaktu di Sabah akhir bulan Mei yang lalu)
.
.
.

kiranya makin panjang waktu rehat
makin lewat pula menunaikan solat



Mak jangan mengumpat
sebab mak pun kadangkala terlibat!




36 ulasan:

  1. ustaz ckp melengahkan solat tetap di azab, mari kita sama2 solat di awal waktu

    BalasPadam
  2. WBH...

    sikap melengah2kan hanya akan menyebabkan kita kerugian banyak perkara...

    BalasPadam
  3. betul tu kak chik.lea lak hari jumaat memang cepat sebab takda orang.kalau lamabt penuhlah bilik air kak chik.lagipun kalau lepas solat bolehlah buat kerja lain.tak kelam kabut

    BalasPadam
  4. tapi syukur jugakkan..ramai lagi yang mahu ke surau...

    BalasPadam
  5. Monalea...

    bila dah solat awal, rasa tenang je untuk buat urusan lain, kan? :)

    BalasPadam
  6. Suri...

    semoga kita tidak leka dan alpa dalam menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba yang menumpang...

    BalasPadam
  7. kita wanita ni kalau melewatkan solat takut2 nanti didatangi haidh...
    Ha.. kan dah berdosa tak pasal2 tinggal sembahyang..

    BalasPadam
  8. alhamdulillah....sama2 muhasabah diri

    BalasPadam
  9. sya selalu ckp dgn enpakwe, kadang sya tertangguh jugak, terutama kalau keje tak siap siap
    tp enpakwe kata bila hati dah terdetik untuk solat , teruskan saja
    tinggal dulu urusan dunia

    semoga sya tak lalai lagi bertemu denganNya 5x sehari tu.

    BalasPadam
  10. Kakpah...

    melewatkan sahaja sudah berdosa, apalagi bila meninggalkannya, kan?...

    BalasPadam
  11. Amie...

    InsyaAllah, bersama kita saling mengingatkan. :)

    BalasPadam
  12. Sya...

    menangguh2kan biasanya dari seminit jadi dua minit dan akhirnya sampai ke penghujung waktu. Harap2 tidak akan jadi begitu...

    BalasPadam
  13. majlis usrah penambah ilmu..

    BalasPadam
  14. Sayangnya melewatkan waktu solat. Kalaulah ganjaran mempercepatkan solat nampak pasti ramai yg terkejar-kejar seperti bila masa ada offer di pasaraya....

    BalasPadam
  15. Yan...

    lewat bersolat kerana menghadiri majlis agama mungkin boleh dimaafkan...

    BalasPadam
  16. Kakzakie...

    lagi rugi kalau waktu dibiarkan berlalu kerana terikat dengan program 'lagha' di televisyen, kan?

    BalasPadam
  17. saya pun kadangkala terlewat juga...

    BalasPadam
  18. Niez...

    semoga kita sama2 berubah menjadi lebih baik dari semalam. :)

    BalasPadam
  19. thanks kak....
    kena ada peringatan camni kan...
    sebab manusia ni cepat banget lupa...

    BalasPadam
  20. masa rehat panjang~~maka bershoping pun haruslah lama~he~~

    BalasPadam
  21. Milo...

    kakcik pun sering lupa, itu yang nak mengingatkan diri sendiri sebenarnya...

    BalasPadam
  22. bujal...

    makcik dah lama tak keluar shopping di hari Jumaat. Kedai buku pun tutup waktu solat Jumaat.

    BalasPadam
  23. heee...kat opis saya tak macam ni kak...waktu lunch la padat kat surau..kat hq kan..strict ler sket...

    BalasPadam
  24. cikmemy...

    padat kerana menunaikan solat memang bagus.. jangan padat kerana tidur pulak. :)

    BalasPadam
  25. banyak hikmah solat di awal waktu....

    tp kdg saya pun lengah2 solat...auhhhhhh sangat tidak baik

    BalasPadam
  26. Mimi...

    bukan kerana kita tidak tahu, tapi kita selalu tewas dengan nafsu yang suka melengah2kan...

    BalasPadam
  27. yus pun ada masa terlewat juga, biasanya Isyak...

    BalasPadam
  28. ~yus~...

    sebab Isyak waktunya panjang, itu yang kadangkala menjadi leka...

    BalasPadam
  29. ekekke thanx kak peringatan utk saya juga .. adakalanya kita leka .. :)

    BalasPadam
  30. ieda...

    leka itu sifat manusia. Sama2lah kita memperbaikinya. :)

    BalasPadam
  31. mengingatkan diri sendiri .. kalau tak ada sebab syarie, janganlah di lewat-lewatkan.

    BalasPadam
  32. Kanda AL...

    bila kita leka dan alpa, syaitan akan datang menyapa dengan mesra.

    BalasPadam
  33. kelakarlah adik ni, tumpuan cik ina asyik kat gambar bawah je.

    BalasPadam
  34. Cik Ina...

    'mood' mak tu berubah2, tak tahulah sampai bila dia nak letak gambar adik tu. :)

    BalasPadam
  35. kat mana2 sama jer kan.. masa rehat sibuk g shopping, balik ofis ambik kesempatan melepaskan lelah dgn alasan nak solat

    BalasPadam
  36. Mila...

    memang biasa begitu. Lepas shopping, hilangkah lelah dulu. Sembang2 kejap. Bila duduk kat ofis waktu rehat, ambil peluang untuk tidur atau mengadap pc dulu (kakcik la tu), akhirnya waktu solat terabai...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com