Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 20 November 2010

Harga rumah naik lagi...

(catatan ini menggunakan bahasa sesedap rasa sesuka hati)


terlihat sekilas berita di tv
harga rumah naik lagi
cubalah habaq mai sini
harga apa yang tak naik lagi


jangan hairan ada yang duduk bawah jambatan
duit yang ada tak cukup nak beli makanan
merempat bukan permintaan badan
pelbagai usaha telah pun di lakukan


rakyat asing datang merempat
bagai Pak Malau dagangnya bertempat
pagi petang mereka diperhambat
namun lambakan mereka bertambah hebat


dituduh rakyat tempatan malas berusaha
bila bekerja mereka diberhentikan ikut suka
kepada pekerja asing diberi muka
konon mendapat untung berganda


wahai pejuang wahai pemimpin
janganlah sekadar cakap berdenting
tidak ubahnya sebagai tin
sekadar tempat melepas kencing


renung renungkan lihat lihatkan
mengapa pendatang hebat berkeliaran
adakah tangan ghaib turut melindungkan
menutup rezeki penduduk tempatan


harga barang naik berganda
tidak tertanggung marhaen semua
perlukah dijual motor dan kereta
berjalan kaki ke mana sahaja


pendidikan dan kesihatan semua diniaga
anak kecil ramai yang terpinga
tidak mengenal huruf dan angka
mungkinkah mereka menunjang negara


(eh... aku merepek lagi pagi ini... oklah... nak siap-siap untuk menjengah mertua di Teluk Intan. Nanti bila aku waras, baru aku boleh menulis lagi dengan tertib...)



Jumaat, 19 November 2010

Rasa terkilan pula kalau tidak dikongsikan...

Artikel ini disalin sepenuhnya dari  SINI


Chef Farid




Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.

Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.

Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.

Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.

Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya. Ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalaupernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.

Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.

Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.

Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek.

Sekian.





I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar


(arabic verse)

Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa 'alanaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku Oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu