Bukan tiada cerita, cuma hendak berkongsi berat terasa.
Sudah tua begini, seboleh-bolehnya hendak tenang-tenang sahaja...
Tanam lada di tempat redup,
Dingin terasa di pinggir kali;
Aku masih meneruskan hidup,
Menanti masa dipanggil kembali.
Bukan tiada cerita, cuma hendak berkongsi berat terasa.
Sudah tua begini, seboleh-bolehnya hendak tenang-tenang sahaja...
Tanam lada di tempat redup,
Dingin terasa di pinggir kali;
Aku masih meneruskan hidup,
Menanti masa dipanggil kembali.
Muffin adalah kucing pertama yang diambil untuk dipelihara oleh anak bujangku. Sewaktu diambil, usianya sudah beberapa bulan dan masih kecil pada tahun 2019.
Diringkaskan cerita, pada petang 4/1/2022 (sekitar jam 3.00 petang), sewaktu aku dan suami balik ke rumah, aku melihat Muffin berada di dalam sangkar. Lalu aku berkata kepada suami, 'pandainya Muffin masuk ke sangkar. Awal lagi ni. Selalu sudah senja baru dia balik'. Sebenarnya, sejak beberapa hari lepas, Muffin dibiarkan bebas di luar rumah setelah dia menunjuk sikap 'memberontak' bila berada di dalam rumah. Dia akan mencakar, memanjat pintu (yang tak pernah dibuatnya sebelum itu), muntah dan kencing merata-mata. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membiarkan dia bebas di luar. Sesekali dia akan masuk ke rumah sekejap dan bising hendak ke luar semula. Macam mana pun, bila malam dia tetap kami masukkan untuk tidur di dalam sangkar bersama Mehit dan Mekhi.
Berbalik kepada kisah pada petang 4/1/2022, rupa-rupanya Muffin balik kerana dia sedang kesakitan. Dia menangis (mengiau) dengan suara yang kuat secara berterusan. Kelihatan dia seperti tercekik dan mulutnya mengeluarkan buih yang banyak. Suamiku segera membuat keputusan untuk membawa Muffin ke klinik haiwan berdekatan. adik dan adik iparku yang kebetulan singgah untuk solat juga menyokong agar Muffin segera di bawa ke klinik. Mereka turut menghulurkan sejumlah RM100 untuk rawatan Muffin.
Sampai di klinik, doktor haiwan mengatakan Muffin hampir sangat pasti termakan/terminum racun. Muffin terpaksa ditinggalkan untuk diberikan rawatan. Tapi hanya beberapa jam selepas itu, aku menerima panggilan dari klinik yang memberitahu bahawa Muffin tidak dapat diselamatkan.
Kini yang tinggal hanyalah kenangan tentang keletah Muffin...
| September 2019 - Pantun pada gambar adalah nukilan sahabatku di Batu Pahat, Johor. Terima kasih, Lin. |
| Di klinik. Doktor haiwan yang melihat Muffin awal-awal sudah mengingatkan untuk menhadapai sebarang kemungkinan. |
| Muffin sedang 'menangis kesakitan. |
| Muffin sewaktu sihat |
| Hilanglah segala kesakitannya 😿 |
| Beberapa jam di klinik, Muffin pergi buat selama-lamanya. |
Aku sering lupa
Bahawa aku sudah kian tua
Dan anak-anakku sudah dewasa
Lalu aku masih ingin menjaga mereka...
Berbicara tentang anak-anak
Selalu aku menjadi sebak
Memikirkan yang tidak-tidak
Jiwaku sendiri menjadi rabak...
Sudah tidak bernilaikah aku
Menjadi beban kepada anak-anakku
Dan kepada rakan-rakan mereka merasa malu
Untuk mengaku aku sebagai ibu...