Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 17 Januari 2020

Alhamdulillah. Angah sudah sah bergelar suami...

Syukur kepada Allah SWT yang mempermudahkan urusan pernikahan Angah dan Hannah pada hari ini (Jumaat = 17/1/2020).  Tepat jam 9.59 pagi, dengan sekali lafaz, sahlah mereka berdua sebagai suami-isteri.  Lupakan sahaja 'perjalanan yang panjang' sebelumnya.  Yang penting segala yang wajib sudah pun selesai.  Alhamdulillah.


Menandatangani borang.  Kelakar juga melihat Angah menggigil sewaktu upacara akad nikah.

Kamilah ibubapa Hannah sekarang.  Ayah Hannah telah meninggal dan ibunya berada jauh di negara lain.


Pernikahan di Pejabat Agama Daerah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.  Ayah tu sedang menahan sakit kaki tanpa tongkat.

Semoga berpanjangan jodoh kalian hingga ke syurga.  Hidup dalam berkasih sayang berlandaskan aturan agama. Majlis yang mewah tidak menjanjikan bahagia.  Sebaliknya saling sefahaman, tolak ansur, jujur dan tanggungjawab itu yang penting bagi membina rumahtangga yang dirahmati.

Selasa, 14 Januari 2020

Beef lasagna dari Min's Kitchen...

Untuk tahun 2020, Min's Kitchen mengeluarkan produk baru iaitu beef lasagna. Pada mulanya hanya sebagai percubaan.  Tetapi memandangkan ada permintaan yang menggalakkan, maka ianya dijadikan salah satu menu yang akan disediakan atas permintaan...

Buat masa ini masih dijual dengan harga promosi RM15.00 sebekas

Ukuran bekas :
Top Out : 200 X 109 X 55.5mm
Top In : 188 X 97 X 49 mm
Base : 160 X 72 mm
Capacity : 650ml
Sebelum di masukkan ke dalam ketuhar

Meleleh tak airliur? 😏😏

Jika berminat untuk membuat tempahan, bolehlah jengah-jengah ke facebook atau instagram Mins Kitchen, ya.

Isnin, 13 Januari 2020

Seketika di Padang Besar...

Isnin (30/12/202019) - suami bertugas pada hari ini.  Jadi, aku dan anak-anak, menantu serta cucu-cucu bercadang untuk jalan-jalan ke Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand...

Berjanji dengan seseorang untuk menjemputnya di lobi hotel pada jam 8.15 pagi.  Jam 8.00 dia dah terpacak menanti. Malangnya yang dinanti itu hanya tiba pada jam 9.25 pagi!

Sementara menanti yang ditunggu, kita bergambar dulu.  Ah...biarlah orang nak kata apa.  Dah tua ke apa ke.  Suka hati kitalah kan?

Rupa-rupanya tempat membeli-belah di Padang Besar itu sedang diubahsuai.  Banyak gerai dipindahkan ke sini - Padang Waremart.  Baguslah juga. Lapang dan setingkat sahaja.  Tak perlu hendak turun naik tangga dan melalui kakilima yang sempit dan sesak.




Bawang Siam.  Sekilogram RM13.00.  Ambil gambar saja.

Jalan-jalan dan tengok-tengok sahaja.  Tidak membeli satu apa pun untuk diri sendiri...

...hanya biarkan anak bujang ini cari apa yang dia berkenan.

Dalam perjalanan balik ke hotel (memakan masa lebih kurang satu jam perjalanan), kami singgah di sini.  Lebihkurang jam 2.00 petang.  Orang punyalah ramai...

...hanya ini yang dapat diambil.  Alhamdulillah.