Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 14 Disember 2019

Mengenali Pengasas Min's Kitchen..





*MUHAMMAD MUHAIMIN BIN MUSTAPHA*
(MINS RICH EMPIRE.)

Dari seorang bekas pelajar degree dalam bidang Events Management yang datang dari latar belakang keluarga yang sederhana kini beliau membina empayar bisnes yang semakin meningkat naik dalam kalangan pelajar dan mereka yang bekerjaya dengan memperkenalkan Lontong Royale (sebelum ini dikenali sebagai #LontongOhsem) sebagai satu hidangan tradisi yang cukup istimewa. Siapa lagi kalau bukan *Muhammad Muhaimin Bin Mustapha* atau lebih dikenali sebagai Chef Min atau lebih mesra sebagai Bro Min, founder kepada Min’s Kitchen. Beliau merupakan bekas graduan dari MSU (Management & Science University) dalam bidang diploma in Culinary Arts.

Bro Min adalah seorang yang sangat menggemari makanan seawal usia 6 tahun. Waktu kecil banyak di habiskan di dapur dengan menolong dan memerhatikan cara memasak daripada emak dan makcik-makciknya yang sering datang pada hujung minggu. Pada asalnya perniagaan ini hanyalah bermula dengan memasak lontong untuk hari raya sahaja. Namun atas dasar cadangan kakak ipar, beliau telah mengambil inisiatif untuk cuba menceburi bidang perniagaan hasil bantuan keluarga.


Bro Min juga seorang yang sangat suka mencuba dan mencipta resepi-resepi baru, banyak masa nya dihabiskan didepan laptop dan buku-buku resepi bagi memastikan beliau dapat mengolah resepi-resepi tersebut ke tahap yang lebih tinggi dan berkualiti sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Dari sini juga terhasilnya menu-menu seperti Yangnyeom Chiken (Ayam Pedas Korea), Buttermilk and Salted-egg buttermilk chicken dan juga bebola donut dengan 3 sos istimewa yang diolah sendiri sehingga menjadi kesukaan ramai.





 

Beliau telah menjalankan bisnes ini pada tahun 2017 secara sambilan dan berhenti seketika pada tahun 2018 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Namun, pada tahun 2019, dengan izin Allah beliau membuat comeback dengan menu-menu yang lebih berkualiti dari segi rasa dan tekstur; dan Alhamdulillah mendapat sambutan yang luar biasa daripada setiap lapisan masyarakat. Dalam waktu yang singkat (2019) beliau telah berjaya mempunyai kumpulan peminat sendiri dari masa ke semasa.

Menjadi anak ketiga dalam adik-beradik yang semuanya lelaki beliau bangga mempunyai minat dan bakat memasak dan mengolah resepi. Atas motivasi dan sokongan keluarga serta sahabat-sahabat yang rapat, beliau nekad untuk meluaskan lagi empayar bisnes ini dengan niat ingin membantu golongan muda khususnya untuk berjaya bersama-sama dalam perjalanan ini. Berbekalkan semangat dan wawasan yang besar *Mins Rich Empire* telah didaftar kan di SSM pada tahun ini (2019) dan bisnes FnB merupakan salah satu usaha beliau untuk terus membantu golongan muda.




9 ulasan:

  1. Moga terus success dan bersemangat mengembangkan perniagaan.Aamiin.Berkat doa ibu bapa inshaAllah kasih sayang Allah swt berterusan.

    BalasPadam
  2. alhamdulilah... yg penting rajin kan kak.. dah makin hensem dah anak bujang awak ni. lepas ni beratur calon menantu ni kak.

    BalasPadam
  3. semua masakannya sedap, nanti nak order lagi lah ayam goreng korea tuh kakcik...
    paling teringat donat bulat dan sambal tu

    BalasPadam
  4. Tahniah KC dan Chef Min ...moga terus berkarya dengan resepi resepi baru.
    Lain pulak muka Chef Min yang gambo bawah tu

    BalasPadam
  5. bagus inisiatif gini.
    kena support org kita agar dia terus berjaya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com