Dari minggu lepas (termasuk Sabtu dan Ahad), aku dan suami berulangalik ke Shah Alam (pejabat suami memang terletak di Shah Alam, tapi selepas kerja pun di sebelah petang / malam, berulang lagi ke sana demi seorang anak). Bila tidak melibatkan waktu kerja, sudah semestinyalah aku akan ikut sama.
Beberapa malam kami melepak berjam-jam dalam kereta kerana aktiviti 'wajib' yang anak kami sertai sering berubah masa. Semalam (18/01/2015), latihan
Zumba yang Bangcik sertai berakhir hampir jam 1.00 pagi. Sebagai mak dan ayah, tanggungjawab kami menjaga kebajikan dan keselamatan anak-anak selagi terdaya. Sama ada mereka menghargainya atau tidak, pandai-pandailah mereka mempertimbangkannya.
Eh...macam lari dari tajuk sahaja isi catatan ini, kan?
Sebenarnya, selepas menghantar Bangcik ke
MSU dan selepas menunaikan solat Maghrib semalam, suamiku mengajak makan di
Restoran Hadramawt Kitchen. Mendengar namanya sahaja, aku rasa macam menempah maut di tengah-tengah bulan ini. Pasti makanannya mahal seperti kebanyakan restoran Arab yang aku tahu. Biasanya aku akan mencongak duit yang aku ada (duit suami pun aku yang uruskan atas kemahuannya). Aku hanya akan memesan makanan yang aku rasa paling murah dan sesuai dengan selera serta air minuman (kesukaanku teh O ais limau).
Jom tengok apa yang kami pesan dan makan...
 |
En Suami sengaja meletakkan gelas itu
di hadapannya untuk menunjukkan
ketinggian gelas. |
 |
| Chicken Kebab (RM16.00), aku punya. Sedappppp |
 |
Hummus. Datang dengan set 2 keping roti pita yang nipis,
tapi aku tersilap ambil gambar dengan kuah pula... |
 |
| Sambal dan kuah untuk nasi... |
 |
| ...Lamb Mandy kesukaan En Suami. |
Jumlah keseluruhan untuk hidangan di atas bersama air kosong dan teh O ais limau ialah RM53.00 (resit tak ambil pula sebagai bukti). Berbaloilah juga sebab kenyangnya sampai ke siang.
Selepas makan dan menunaikan solat Isyak, duduklah kami suami-isteri berjam-jam lagi dalam kereta kerana waktu latihan Bangcik bertambah dari jam ke jam sehingga ke jam 1.00 pagi (ikut jadual asal 7.30 petang hingga 10.30 malam). Malam ini tak tahulah latihannya akan berakhir pukul berapa kerana pertandingan (antara fakulti) akan berlangsung esok - Rabu 20/01/2015...
Pemandangan di waktu menjelang Maghrib di Shah Alam :