...hari ini baru hari Rabu
aku sangkakan sudah hari Khamis
dari hari Isnin lagi jadi begini
Isnin kusangka Selasa
Selasa pula kuingatkan Rabu
mungkin banyak yang menghimpit fikiranku
tentang ini tentang itu
entahlah...
satu ketika
semalam atau kelmarin
tiba-tiba dada sebelah kiriku rasa perit
panas mencucuk
aku malas fikir yang bukan-bukan
aku bangun dan terus ke dapur sediakan hidangan
dan sakit itu hilang bila aku lupakan
tapi
mampukah aku melupakan segala kesakitan
bila ia tetap mencucuk benak dan fikiran??
Berapa lama lagi masa yang aku ada, hanya Allah yang tahu rahsianya... |
kenapa macam sama...
BalasPadamalahai mak...
BalasPadamsinggah sini kak
BalasPadambanyakkan dengan amalan
inshaallah
Semoga sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya
BalasPadamAllah Ya Salam Ya Fattah kakcik... cuba buat zikir Ya Baari' seribu kali sehari kakcik... insyaAllah Allah akan mengurus segala hidup kita, melapangkan keresahan kita kerana Dia Maha Mengatur hidup makhlukNya dari planet2, bintang, bulan matahari sehinggalah sekecil-kecil makhlukNya...
BalasPadamSemakin kita meningkat usia semakin kerap ingatan kita kepadanya kakcik apa lagi bila diri rasa tidak selesa.
BalasPadamPC pun kadang silap kak...
BalasPadamKakcik Nur sila jaga pemakanan dan keraplah beriadah untuk menjaga kesihatan. 50-an rasa saya masih muda dan "at its peak!". All the best!
BalasPadamKakcik.. saya memang suka fikir macam tu supaya Sabtu datang cepat.. hahaha..
BalasPadambiasa lah tu kakcik kdg2 fikiran kita memikirkan yg akan dtg je sampai semuanya jd cepat, kaknoor pin kekdg tu sama jugak, jgn terlalu fikir sngt biarkan je insya Allah lama2 ok lah tu
BalasPadamSaya pula fikir terlewat kakcik..
BalasPadamSemalam saya ingat isnin..
Alhamdulillah .. pagi ni teringat rabu..
Sebab anak2 ada senaman kena pakai baju sukan..
Kalau tidak dah suruh mereka pakai baju sekolah:)
Semoga sihat2 sahaja kakcik..
Tak ada yg serius tu..
Tak gi klinik ke mak? Take care.
BalasPadamHari2 kat rumah... memang boleh terlupa hari..
BalasPadamMasa kerja hari2 kena tengok kalender.. ingat la hari..
Kak Cik, Biasalah umur2 gini. Kadang-kadang kita tak sakit...mungkin ada peralihan hormon atau mainan perasaan pun boleh buat kita tiba2 sayu, sedih dan boring. do something good for yourself..Saya pun terlupa hari juga..sebab dah tak kerja..
BalasPadamSama la dengan saya...Selalu saja tersilap hari.
BalasPadamSakit sangat tak KC? Kalau sakit gilah jumpa doktor...jangan dibiarkan. Eh! Saya ni kalau KC suruh gi hospital pun takut sebenarnya hihi
BalasPadam