Aku dan suami baru sahaja 'kehilangan' besan perempuan kami- Hajjah Ragayah binti Haji Sahak yang menghembuskan nafas terakhir pada 21/12/2015 jam 10.40 malam. Sebelum ini Allahyarhamah menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu dan pada hari-hari terakhirnya beliau mengalami sesak nafas dan dimasukkan ke wad di Hospital Serdang.
Malam beliau dijemput kembali, aku dan suami merasa agak resah dan merasakan 'sesuatu' kerana sebelumnya kami diberitahu keadaan besan kami tidak stabil sehinggalah kami mendapat panggilan dari Along. Lebihkurang setahun setengah yang lalu, kami kehilangan besan lelaki (suami kepada Allahyarhamah). Kini menantuku dan dua adiknya sudah menjadi yatim piatu. Semoga mereka terus tabah menghadapi hari-hari mendatang dan redha dengan ketentuan Ilahi.
![]() |
| Di masjid ini jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan. |
![]() |
| Tanah Perkuburan Universiti Pertanian Malaysia. Allahyarhamah sebelum ini adalah kakitangan UPM dan baru bersara awal tahun ini di usia 58 tahun. |
![]() |
| Penghormatan terakhir... |
![]() |
| Muhammad Qaid Darwish sudah tiada Atok dan Opah dari sebelah mummy tapi masih ada Atok dan Nenek dari sebelah daddy. Qaid adalah cucu sulung dari kedua-dua keluarga kecil kami... |
![]() |
| Rumah terakhir... |
![]() |
| Along bersama adik iparnya (satu-satunya anak lelaki dan anak bongsu Allahyarham) Solat jenazah dan bacaan talqin dibawakan oleh Along. |












