Selepas singgah di ladang saffron, perjalanan diteruskan lagi. Walaupun jarak dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidak sejauh mana, tapi perjalanan mungkin mengambil masa yang lama bergantung kepada kesesakan jalanraya dan 'bentuk' jalan yang sempit serta tidak rata...
 |
Kalau suamiku lihat pisang ini, pasti dia teruja
kerana beliau adalah peminat pisang... |
Jom singgah pula di
Mughal Garden Achabal...
 |
| SubhanAllah...cantiknya daun-daun yang berwarna merah itu... |
 |
| Meletakkan kereta di hadapan restoran ini sebelum menapak masuk ke taman... |
 |
| Lina bersama Zubair di kaunter tiket |
 |
| Jom masuk... |
 |
| Allah Ya Allah... pandang ke arah mana pun, hanya nampak keindahan. |
 |
Bergambar dengan pengunjung tempatan. Apa yang aku kesalkan,
aku tidak membawa 'satu apa pun' untuk dihadiahkan kepada anak kecil itu.
Walaupun mereka tidak meminta, aku tetap rasa 'berdosa'... |
 |
| Di belakang itu adalah Iyra dan Nadia... |
 |
Kalaulah pokok itu boleh berkata-kata, mungkin dia akan kata :
'Perempuan tua ini dah kenapa? Tersengih-sengih di sebelah aku' |
 |
Tiang ini pula berkata :
'tolonggggg, jangan rebahkan saya!' hehehe |
 |
Pandang sahaja pokok-pokok yang cantik itu dan abaikan
perempuan gemuk yang perasan itu... |
 |
| Belajar selfie di celah pokok bunga... |
 |
| Pertama kali melihat lelaki berpakaian begini, aku fikirkan mereka tidak punya tangan... |
 |
...rupa-rupanya tangan mereka disimpan di dalam jubah yang dipakai kerana kedinginan. Sesetengah
dari mereka membawa bekas berisi bara api di dalam jubah tersebut bagi memanaskan badan... |
 |
| Aliran air yang mendamaikan... |
 |
Walaupun kami makan di restoran, tapi sebenarnya
makanan ini didatangkan khas dari dapur rumah Zubair.
MasyaAllah, alangkan enaknya ditambah dengan
perut yang memang sudah meminta diisi. |
 |
Inilah kenderaan yang membawa kami.
Aku lebih banyak berjalan bersendirian memandangkan keupayaanku yang terbatas. Mengimbangi badan yang berat dengan kaki kanan yang sakit, aku lebih rela membiarkan mereka yang lain bergembira dan aku duduk diam-diam setelah berjalan perlahan-lahan. Jangan bebankan atau rosakkan kegembiraan orang lain hanya kerana kita 'berbeza'...
|