Kawan-kawan kakcik

Isnin, 16 November 2015

Kashmir - perjalanan diteruskan lagi...

Siri catatan perjalanan di Kashmir ini akan dipenuhi dengan gambar-gambar.  Walaupun tidak semua gambar yang dirakam akan disiarkan, tapi masih banyak juga gambar yang akan 'ditayangkan'.  Aku tidak punya kamera canggih.  Gambar-gambar kurakam hanya menggunakan Note 3ku.  Dan dalam gambar-gambar akan kelihatan seolah-olah aku berjalan sendirian kerana banyak gambar yang kurakam sendiri atau dengan pertolongan anggota rombongan yang lain.  Rasa bersalah menyusahkan orang lain bila masing-masing pun akan sibuk merakam kenangan indah di sana...

Rasa macam menyusuri Jalan Chow Kit pula!

Singgah di Shah E Hamdan (khabarnya ini adalah
masjid tertua di  sini)

Suhu sangat dingin, tapi aku belum sempat mengenakan pakaian
yang lebih tebal kerana semuanya masih di dalam bagasi.

Senibinanya yang cantik.

Persekitarannya juga cantik di mataku.
Seterusnya kami singgah di Jamia Mosque, Srinagar...



Ada kubu di atas bukit sana...

...ada bunga yang cantik di halamannya...

...berkembang indah sebelum layu dan gugur ke bumi.

Waktu solat.  Maghrib pada jam 5.44 petang.
Nampak awal tapi sebenarnya suasana sudah pun gelap.
Kemudian kami di bawa untuk menginap di rumah sampan (houseboat) di Dal Lake...

Katil yang selesa...

Peti tv itu tak 'bersentuh' pun.  Nampak tak 'tong' pada tiang itu?
Sebenarnya itu adalah tempat untuk membakar kayu bagi
memberi haba panas di dalam bilik...

Bilik air yang luas dan selesa.  Kalau tiada air panas, memang tak mandilah jawabnya...

Aku suka gambar-gambar yang kurakam di tasik ini... SubhanAllah...

Tidak perlu guna kamera mahal pun, gambarnya indah terakam.
Sungguh aku kagum dengan ciptaan Ilahi.  Gambar dengan bayang dalam air begini
membuatkan aku sangat mensyukuri segala yang kunikmati...

Hanya mereka yang tahu menilai keindahan, yang dapat merasai apa yang kurasai...

...bersambung lagi...

14 ulasan:

  1. mak..meremang bulu roma tgk gambar sungai tu...cantik nyer la hai!

    BalasPadam
  2. cantiknye kashmir teringat cerita rishi kapoor plak hehehe

    BalasPadam
  3. Bukan tasik itu aje yg memikat mata kakak ni Kakcik, bahkan gambar bangunan-bangunan mereka termasuk masjidnya juga sangat menarik hasil architecturenya.

    BalasPadam
  4. lukisan alam ciptaan Allah..kak apa nama bunga tu..cantiklah kak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik tak pasti nama bunga itu. Mungkin kekwa kot...

      Padam
    2. macam dahlia pun ada gak kan kak cik ,bunga tu

      Padam
  5. Subhanallah... cantiknya kakcik....

    binaan masjid tuh dr kayu cantik ukiran nya n nampak kukuh lg

    pemandagan sekitar tasik tu mmg lawo... kashmir mmg bumi yg penuh ngn keindahan...

    BalasPadam
  6. Memang cantik pemandangan dalam air tu, sangat mengasyikkan cam saya pulak ada kat sana la...

    BalasPadam
  7. Masjid Hamdan tu mmg strukturnya kayu ye kakcik?

    Tido dalam bot tu, beroleng oleng tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak beroleng kerana sebahagian dari bot rasanya tersadai di daratan :)

      Padam
  8. Subhanallah...cantiknya view kat tasik tu kakcik....Alhamdulillah tercapai hajat kak nak bercuti dgn kwn2 perempuan..disebuah negara yg dingin segar begini...

    BalasPadam
  9. Seluas mata memandang tasik itu kakcik..
    Memang patut pun kakcik suka merakamnya..
    Saya pun suka permandangan di tasik dan laut :)

    BalasPadam
  10. ya allah...cantik sangat..SA suka tempat2 macam ni....indah...

    BalasPadam
  11. wahhh... houseboat kakcik lebih cantik dan selesa. Ain punya houseboat hari tu sudah agak uzur.. hehehehehe.. tapi tetap bersyukur dengan kesempatan bermalam di houseboat Dhal Lake.. :)

    ...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com