Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 23 Mei 2015

D'Arab Cafe, Seksyen 13 Shah Alam...

...sebelum itu, mari kita semak tentang apakah sebenarnya perbezaan antara LAMB dengan MUTTON ( Rujukan dari  : http://ansalternak.blogspot.com/2014/01/perbezaan-lamb-dan-mutton.html )


Untuk beberapa jenis masakan berasaskan kambing, dua jenis daging popular yang digunakan ialah LAMB dan MUTTON..bezanya ialah

LAMB : Daging Anak Bebiri berumur kurang dari setahun; dlm lingkungan 4-12 months sudah disembelih untuk tujuan catering dan sebagainya

MUTTON: Daging Bebiri lebih tua; dimana lebih pejal ('keras") dan lebih segalany2x lah..hehe sebab kira daging dr bebiri dewasa


Baiklah, sekarang mari kita terjah ke D'Arab Cafe yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam ini. Untuk penggemar 'nasi Arab tapi bertekak Melayu', D'Arab Cafe ini mungkin pilihan terbaik buat anda. Kalau nasi Arab di Restoran Arab, hidangannya mungkin lebih kering, tapi di D'Arab Cafe ini, hidangannya boleh disesuaikan dengan citaras Melayu kita.  Harga hidangannya pun lebih murah dan sepinggan hidangan untuk seorang sebenarnya boleh mengenyangkan perut dua orang dewasa yang tak kuat makan... :)

Dari luar lagi, gambar itu sudah
membuatkan kita teruja untuk
masuk dan menikmati hidangannya.

Menu

Senarai minuman

Ruang dalam restoran yang bersih
dan selesa.

Asalnya sebelum ini, restoran ini adalah Restoran Pecel Lele.  Disebabkan beberapa masalah, akhirnya restoran ini bertukar milik. Walaubagaimanapun, pemilik yang baru tetap mengekalkan menu Pecel Lele di sebahagian restorannya...











Hummos

Lamb Khabsa

Chicken Khabsa

Chicken Shawarma

Pemilik D'Arab Cafe -
Tn. Hj. Hairuddin

D'Arab Cafe di Seksyen 13
Shah Alam ini adalah cawangan
yang ke 12.  Bangga mereka
dapat bergambar dengan
pemiliknya.  Makcik tukang
ambil gambar je...

Licinnnnn...

Jumaat, 22 Mei 2015

Terima kasih En. Syed...

Terima kasih kerana sudi menyapa suami kakcik
dan terima kasih kerana sudi baca blog kakcik.
Balik semalam, kakcik cuba cari pautan blog
En. Syed, tapi tak jumpa. Harapnya, kalau
En. Syed baca catatan ini, tolong tinggalkan
pautan blog En. Syed ya... 

Salam Taj Mahal...


Tak perlulah aku ceritakan sejarah Taj Mahal ini.  Tanya sahaja Pakcik Google, pasti akan dapat jawapannya...

Aku sekadar hendak meletakkan gambar-gambar sewaktu di sana sebagai kenang-kenangan.  Aku juga tidak bercita-cita menjadi Mumtaz Mahal yang dicintai sehingga mati oleh Shah Jahan. Cukuplah aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi kepadaku. Dengan kurniaan Ilahi jugalah aku mendapat suami yang sentiasa (hingga setakat ini) 'mahu' dan 'tidak malu' membawa aku ke mana-mana hingga aku sampai ke Agra ini...

Abaikan mukaku yang tidak tersenyum itu.  Sangat penat. Persekitaran pula panas dengan bersesak-sesak dalam lautan manusia. Tak mengapalah, memang wajahku pun bukan wajah yang menyejukkan pandangan...hehehe...


Untuk sampai ke pintu masuk, kami kena
menaiki kenderaan ini.  Nampak tak penjual
itu?  Bukan tak kesian, tapi tetap juga aku
tidak membeli apa-apa...
Di hadapan pintu masuk.
Jauh lagi hendak kena menapak ni...
Bimbang dengan 'keselamatan',
aku minta En Suami sahaja yang
tolong bawakan beg silang itu.