Tak perlulah aku ceritakan sejarah Taj Mahal ini. Tanya sahaja Pakcik Google, pasti akan dapat jawapannya...
Aku sekadar hendak meletakkan gambar-gambar sewaktu di sana sebagai kenang-kenangan. Aku juga tidak bercita-cita menjadi Mumtaz Mahal yang dicintai sehingga mati oleh Shah Jahan. Cukuplah aku bersyukur dengan apa yang dikurniakan Ilahi kepadaku. Dengan kurniaan Ilahi jugalah aku mendapat suami yang sentiasa (hingga setakat ini) 'mahu' dan 'tidak malu' membawa aku ke mana-mana hingga aku sampai ke Agra ini...
Abaikan mukaku yang tidak tersenyum itu. Sangat penat. Persekitaran pula panas dengan bersesak-sesak dalam lautan manusia. Tak mengapalah, memang wajahku pun bukan wajah yang menyejukkan pandangan...hehehe...
Untuk sampai ke pintu masuk, kami kena menaiki kenderaan ini. Nampak tak penjual itu? Bukan tak kesian, tapi tetap juga aku tidak membeli apa-apa... |
Di hadapan pintu masuk. Jauh lagi hendak kena menapak ni... |
Bimbang dengan 'keselamatan', aku minta En Suami sahaja yang tolong bawakan beg silang itu. |
alhamdullilah
BalasPadamwahh seronok nyer mak dah sampai sana ;)
BalasPadamIngatkan kakcik pi India misi honeymoon.. dah baca catatan baru tau.. misi beras rupanya... untung dah pencen.. dapat teman suami pi lawatan...'mahu tak mahu' abg mus kena bawak jugak... amboi... sebenaqnya mesti Abg Mus yg ajak beriya2 kan...
BalasPadamMakchaq dua tiga kali ja pernah ikut pakchaq kalau dia kena pi keja luaq. Tu pun sebab lepas tu nak terus balik kampung...
subhanallah.. cantiknya.. sayang betul dia kat isteri dia kan..
BalasPadamKakak suka tengok gambar kakcik berdua lebih cantik berbanding kalau bergambar sendiri. Background tajmahal itu menambah romantiklah:)
BalasPadamWahhh!!Sampai kak chik kat Taj Mahal tu yer..seronoknyaaa!!
BalasPadamSweet kak..dengan berberlatar belakangkan taj mahal..lebih mahal nilai memori yang akan tersimpan..
BalasPadambest,, sangat best !
BalasPadamBerseri-serinya wajah abang Bob dan Kakcik bergambar depan Taj Mahal... Boleh buat filem pendek 'cinta Taj Mahal' ni....
BalasPadambestkan kakcik.. dapat kita menjejakkan kaki ke bumi mereka.. melihat sendiri.. ada yg kata biasa2 saja.. tp bagi saya ini suatu yang patut dihargai.. melihat sejarah dunia.. tak semua org berpeluang menatapnya. alhamdulilah kita diberi kesempatan ini..
BalasPadamcantiknya taj mahal.. bilalah nak sampai ke situ kan
BalasPadamAlhamdulillah....seronok saya baca catatan akak. Siapa kata wajah akak tak sejuk....sejuk okeh. Kalau tak...takderlah incik suami nak melekat jer...
BalasPadamSaya jer yang tak tau lagi nasib. Tapi setakat sekarang, wajib kita bersyukur kan kak...
bestnyer... suke tgk gambar romantik kakcik ber2 tuh...
BalasPadamTaj Mahal ibarat seperti lukisan dlm gambar ini.. Cantik, subhanallah.. =)
BalasPadamAwat habaq lagu tu.. kalau tak menyejukkan pandangan, takkanlah en.abang sayanggg.. <3
Kak cik nampak muda posing depan Taj Mahal... sweet couple tau!
BalasPadamramaii nye lautan manusia..Alhamdulillah dh smpi Tajmahal ye ;)
BalasPadamwow....romantik sangat mak ...hehehehe...alin pun kalau pi tempat sesak2 mst husband yg offer bawak beg takut sesuatu terjadi nanti...
BalasPadamUntunglah Kakcik sampai sekarang suami bawa jalan-jalan ke mana pergi. Moganya sampai bila-bilalah tu. Kalau taknak bawak, hentak kaki sampai pecah lantai ok, kak! Hahaha....
BalasPadamEntah bilalah boleh pergi TajMahal ni. Kalau dulu sebelum kahwin, ada juga hati nak jadi macam Mumtaz Mahal tapi lepas kahwin ni, takyahlah cita-cita tinggi menggunung. Asal dia sayang kita, sudahlah....habis cerita! Tak buat bangunan pun takpa :)