Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 9 Mei 2015

Di episod 175, drama Cinta Ibadah pun berakhir...

8/05/2015 - berakhir dengan Dr Irma ditangkap atas tuduhan menipu,  cubaan membunuh dan pemalsuan ubat kepada pesakit.

Itu je?????

Aku tak ikut sangat drama ini.  Tapi anakku rajin merakamkannya untuk ditonton bila dia berkelapangan.

Bagi aku drama ini sangat mengarut.  Sengaja dileret-leretkan dengan kisah entah apa-apa...

Khamis, 7 Mei 2015

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke 18, Tiao Min...


Sebagaimana nenek yang tidak putus-putus
mendoakan segala kebaikan buat anak-anaknya
termasuk Tiao (Uncle) Min, Qaid pun turut
mendoakan yang sama.  Qaid tahu mummy
pun sentiasa mendoakan Qaid.  Ibu mana yang
tak mahu melihat kejayaan dan kesejahteraan
anak-anak mereka, kan Tiao Min?  Mudah-
mudahan kita sentiasa berusaha untuk menjadi
anak-anak yang baik.  Qaid tahu, Tiao Min
anak yang baik buat nenek tapi cuma ada
masanya, Tiao Min ikut sangat kata hati
sampai nenek jadi makan hati.

Sempena ulangtahun kelahiran Tiao Min
yang ke 18 ini, nenek bagitahu Qaid yang
Tiao Min berusaha keras untuk membuang
segala sikap yang tidak baik seiring dengan
peningkatan usia Tiao Min.  Qaid aminkan
doa nenek yang berdoa agar Allah SWT
mengurniakan kejayaan dan kesejahteraan
dunia serta akhirat buat Tiao Min.
Nenek cerita, waktu kecil dulu Tiao Min
sentiasa tersenyum.  Walaupun Tiao Min
telah melalui pembedahan yang besar pada
usia 7 hari, tapi Tiao Min membesar dengan
sihat dan menjadi buah hati semua orang.

Tiao Min sekarang. Sedang bergelar penuntut 
di Management and Science University 
dalam bidang Culinary Art. Semoga Tiao Min 
berjaya mencapai cita-citanya dengan cemerlang.