Kawan-kawan kakcik

Khamis, 7 Mei 2015

Selamat hari ulangtahun kelahiran ke 18, Tiao Min...


Sebagaimana nenek yang tidak putus-putus
mendoakan segala kebaikan buat anak-anaknya
termasuk Tiao (Uncle) Min, Qaid pun turut
mendoakan yang sama.  Qaid tahu mummy
pun sentiasa mendoakan Qaid.  Ibu mana yang
tak mahu melihat kejayaan dan kesejahteraan
anak-anak mereka, kan Tiao Min?  Mudah-
mudahan kita sentiasa berusaha untuk menjadi
anak-anak yang baik.  Qaid tahu, Tiao Min
anak yang baik buat nenek tapi cuma ada
masanya, Tiao Min ikut sangat kata hati
sampai nenek jadi makan hati.

Sempena ulangtahun kelahiran Tiao Min
yang ke 18 ini, nenek bagitahu Qaid yang
Tiao Min berusaha keras untuk membuang
segala sikap yang tidak baik seiring dengan
peningkatan usia Tiao Min.  Qaid aminkan
doa nenek yang berdoa agar Allah SWT
mengurniakan kejayaan dan kesejahteraan
dunia serta akhirat buat Tiao Min.
Nenek cerita, waktu kecil dulu Tiao Min
sentiasa tersenyum.  Walaupun Tiao Min
telah melalui pembedahan yang besar pada
usia 7 hari, tapi Tiao Min membesar dengan
sihat dan menjadi buah hati semua orang.

Tiao Min sekarang. Sedang bergelar penuntut 
di Management and Science University 
dalam bidang Culinary Art. Semoga Tiao Min 
berjaya mencapai cita-citanya dengan cemerlang.

23 ulasan:

  1. Selamat menyambut hari kelahiran Tiao Min semuga makbul segala doa baik buat Tiao Min. Semuga berjaya dalam hidup dengan kecermerlangan dan keimanan tegoh. Amin..

    BalasPadam
  2. selamat ulang tahun ^_^

    saya singgah

    BalasPadam
  3. selamat ulang tahun kelahiran bangcik, semoga bangcik sentiasa sihat dan sentiasa di dalam rahmatNya..aminn..

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir ,bangcik..Belajar baik baik ya.Make your parents proud and happy.Insha Allah dipermudahkan urusan nanti.

    BalasPadam
  5. selamat ulangtahun utk uncle Qaid tu ya wah Tiao Min macam nama china je kakcik hehe

    BalasPadam
  6. selamat ulang tahun utk bangcik, moga jadi anak yg soleh n berjaya...

    BalasPadam
  7. asalamualaikum kakcik..apa khabar pagi nie...kesihatan kakcik dah kurang lom...arap semakin sihat..amin

    selamat ulang tahun uncle qaid...

    BalasPadam
  8. selamat ulang tahun kelahiran.. 18 tahun usia yang tough.. moga terus berjaya..

    BalasPadam
  9. kejap je kan kak... sama umur dgn Abang Luqman rupa2nya ye.. dia pun baru sambut birthday on April 30 ari tu..


    semoga tetap menjadi anak kesayangan soleh dan sentiasa membahagiakan keluarga..

    BalasPadam
  10. Macam mana datang nama Tiao Min tu..? Apa pun nama itu sangat comel, secomel Tiao Min itu sendiri. Selamat hari lahir dan semoga Tiao Min sentiasa berjaya dalam kehidupannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tiao Min bermaksud Pakcik Min (dari namanya Muhammad Muhaimin) :)

      Padam
  11. selamat ulangtahun buat anak ye kakchik

    BalasPadam
  12. Dah besar dah dia.. nampak lain bila dia kurus.. ;)
    Apa-apapun selamat hari lahir buat bang chik..
    Moga sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian.

    BalasPadam
  13. Sanah helwah.. moga jadi anak yg soleh

    BalasPadam
  14. selamat hari lahir ,semoga cemerlang dari dunia hingga akhirat, amin.

    BalasPadam
  15. Selamat hari lahir Bangcik aka Tiao Min. Semoga Bangcik berjaya didunia dan akjirat dan menjadi kebanggaan keluarga, agama dan bangsa..

    BalasPadam
  16. Semoga Adik Muhammad Muhaimin menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat..

    BalasPadam
  17. semoga berjaya dunia akhirat (^____^) Allahumma amin

    BalasPadam
  18. InsyAllah Tiao Min akan berjaya didalam bidang Culinary Arts...Tiao Min harus berani explore peluang di luar negara setelah tamat belajar...Uncle ada beberapa rakan yang sedang memegang jawatan tinggi di bidang Culinary di Dubai dan lain2 tempat lagi. Semoga Tiao Min dapat mengikuti jejak langkah mereka!

    BalasPadam
  19. tiao min... sesekali dengar bunyi macam nama orang vietnam jer...

    BalasPadam
  20. Ingatkan anak Cina manalah yang akak dok ucap selamat harijadi ni. Rupa-rupanya Uncle Min ya, si Bangchiklahkan...

    Selamat ulangtahun yang ke-18 buat Tiao Min juga (Eh, macam kelakar pulak kalau saya panggil si Bangchik ni Tiao Min...terasa muda pulak saya!)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com