Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Mei 2015

Terima kasih Encik Penghantar Gas...

...bila Allah menghantar bantuan, memang tak dapat hendak dijangkakan.  Yang dapat diucapkan hanyalah bait-bait kesyukuran...

Kisahnya, gas memasak di rumahku kehabisan.  Oh...ada satu tabung lagi yang belum digunakan. Jadi, aku tukarkan tabung gas itu.  Sekali dengar  bunyi berdesir yang kuat. Srrrrrrrrrrrrrrrrr bersama bau gas yang sangat kuat.  Maknanya ada yang tak kena dengan saluran gas - itu yang aku fikirkan lah...

Aku ambil seketul bata.  Aku letak atas 'kepala' gas itu.  Selesai masalah.  Tiada bunyi berdesir, tiada bau gas yang kuat lagi.

Tapiiiii...aku masih sangat susah hati.  Minggu depan, aku dan suami akan ke luar negara.  Anak-anak akan ditinggalkan.  Macam-macam yang aku fikir.  Macamana kalau gas itu tiba-tiba 'meletus'? Suami kata hendak tukar 'kepala gas' itu.  Tapi dia tak buat pun walau bendanya ada.

Kemudian, suami menelefon pembekal gas untuk menghantar gas (bagi menggantikan gas yang telah habis itu).  Penghantar gas datang.  Selalunya penghantar yang datang akan letak tabung baru, ambil tabung lama dan terima bayaran lalu terus berlalu.  Tapi kali ini, Allah datangkan penghantar gas yang 'baik'.  Sewaktu dia meletakkan tabung yang baru, sempat dia mengintai tabung yang sedang aku gunakan.

Laju dia menegur 'kenapa letak bata ni?'.  Aku jawab, 'gas keluar'.  Dia meminta 'test pen'...

Gambar dari arkib Google
Sekejap sahaja dia melakukan kerjanya - cungkil keluar gelung getah (cincin penyekat) dari tabung gas itu dan gantikan dengan gelung getah dari tabung gas yang gasnya sudah habis.  Selesai masalah!

Gambar dari arkib Google
Sambil itu sempat dia membebel dalam loghat Kelantannya 'bahaya letak bata ni.  Mana tahu, waktu kita tak ada, datang kucing (walaupun di rumahku tiada kucing), dia langgar bata ni, bata jatuh, gas keluar'...

Terima kasih Encik Penghantar Gas.  Terima kasih Allah yang menghantar bantuan ...



Isnin, 4 Mei 2015

4/5/2015 - Muhammad Qaid Darwish berusia setahun.

Semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi insan yang cerdik, taat kepada agama dan taat kepada ibubapa selagi tidak menyalahi aturan dan hukum hakam yang telah Allah SWT tetapkan...

Jumaat, 1 Mei 2015

Mudahnya berurusan di India Visa Centre...

Selepas 'menghabiskan masa' lebihkurang 3 jam
di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Sentul untuk
memperbaharui pasport En Suami, kami menuju
pula ke India Visa Centre.  Oleh kerana aku dan
suami memilih untuk tidak mengisi
borang atas talian, maka kami kena bayar RM21.20
(termasuk GST) seorang sebagai upah petugas
di pejabat itu mengisi borang bagi pihak kami.
RM161.56 perlu dibayar untuk seorang bagi
mendapatkan visa.  Urusannya mengambil masa
tidak sampai pun sejam.  Visa boleh diambil (siap)
dalam masa dua hari sahaja.
Ini alamat di mana pejabat India Visa Centre itu
terletak.  Berbeza dengan permohonan visa untuk
ke negara-negara lain, pemohon visa ke India perlu
hadir sendiri untuk membuat visa berkenaan.
Permohonan melalui ajen pelancongan adalah
tidak dibenarkan.  Mungkin sebab mereka
memerlukan imbasan kesepuluh jari tangan kita.
Semoga perjalanan kami nanti dipermudahkan dan dalam peliharaan Allah SWT juga hendaknya...