Selepas 'menghabiskan masa' lebihkurang 3 jam di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Sentul untuk memperbaharui pasport En Suami, kami menuju pula ke India Visa Centre. Oleh kerana aku dan suami memilih untuk tidak mengisi borang atas talian, maka kami kena bayar RM21.20 (termasuk GST) seorang sebagai upah petugas di pejabat itu mengisi borang bagi pihak kami. |
RM161.56 perlu dibayar untuk seorang bagi mendapatkan visa. Urusannya mengambil masa tidak sampai pun sejam. Visa boleh diambil (siap) dalam masa dua hari sahaja. |
Ini alamat di mana pejabat India Visa Centre itu terletak. Berbeza dengan permohonan visa untuk ke negara-negara lain, pemohon visa ke India perlu hadir sendiri untuk membuat visa berkenaan. Permohonan melalui ajen pelancongan adalah tidak dibenarkan. Mungkin sebab mereka memerlukan imbasan kesepuluh jari tangan kita. |
Semoga perjalanan kami nanti dipermudahkan dan dalam peliharaan Allah SWT juga hendaknya... |
bestnya, nak melancong ke India ye kak
BalasPadammay save journey
insha Allah :)
Selamat bercuti di India. Wah, semenjak pencen ni rajin Kak Cik pergi melancong :)
BalasPadam:-)) selamat bercuti kakcik...
BalasPadamAssalamualaikum Kakcik,
BalasPadamKakcik nak ke India yer. Pak Long pernah bertugas di India beberapa tahun dahulu. Pak Long selalu berpesan kalau ke India berhati-hati tentang permakanan terutama air Minum kalau perut tak tahan. Kalau minum air dari botol, pastikan tutup botol tu Kakcik sendiri buka jangan ambil botol yang sudah dibuka oleh mereka yer Kakcik. Mak Long hanya berkongsi pengelaman. Mudahan semua berjalan lancar dan selamat. Selamat bercuti!
rezeki seseorang itu tak sama. saya jarang berpeluang utnuk berjalan-jalan apatah lagi ke luar negara...
BalasPadamSelamat mengembara kakcik. Semoga dilindungiNya walau ke mana saja kakcik berada.. :)
BalasPadamMmg mudah ada UTC sekarang ni kan KC. KC nak pergi India ke..... orang cakap kat sana jangan sembarangan minum air, takut sakit perut ....
BalasPadamIndia besar, which part?
BalasPadamMalindo?
Saya p kochin 2014 rm100 return malindo air. Form isi sendiri after Baca blog pelancong Malaysia yg pernah p sana
Ohhh...nak ke India rupanya! Bila tu Kakcik? Ke dah sampai India sekarang ni....
BalasPadam