Kawan-kawan kakcik
Rabu, 15 April 2015
Rendang ikan tongkol cara sipemalas...
Sipemalas itu adalah aku!
![]() |
| Bahan untuk dikisar - serai, halia, bawang merah dan cili kering. Kalau suka pedas, letaklah cili itu banyak-banyak... |
![]() |
Ikan tongkol. Di kampungku, ia disebut sebagai ikan
kayu. Mungkin sebab isinya keras macam kayu, kot.
Teringat sewaktu aku baru masuk kerja dulu -
seorang RAKAN SEKERJA yang suaminya
bertugas sebagai seorang PEGAWAI ATASAN,
memberitahuku bahawa ikan tongkol ini hanya
dimakan oleh PEKERJA KONTRAK kerana
harganya murah dan isinya banyak.
|
![]() |
| Bahan yang kena ada juga. Asam keping untuk memberikan rasa masam dan menghilangkan hanyir ikan dan daun kunyit untuk membangkitkan aroma... |
![]() |
| Santan. Sebaiknya gunalah santan segar. Tapi sebab aku ini 'malas' hendak ke kedai dan malas juga hendak mengukur kelapa dan memerah santan, selalunya aku beli santan segar beberapa 'bungkus' dan simpan dalam peti dingin beku. Janji ada santan... (^_^) |
![]() |
| Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali dan masak atas api yang sederhana. Jangan masukkan daun kunyit dan garam dulu... |
![]() |
| Waktu ini dah boleh masukkan garam. |
![]() |
| Kalau suka berkuah, tak payah tunggu sampai kering. Bolehlah masukkan hirisan daun kunyit, sesuaikan rasanya dan tutup api. Siap! |
Selasa, 14 April 2015
Langgan:
Catatan (Atom)






