Kawan-kawan kakcik

Selasa, 3 Februari 2015

Indahnya bumi dan langit ...

Jalan dari Lenggeng ke Mantin, Negeri Sembilan
Jalan dari Lenggeng ke Mantin, Negeri Sembilan

Lebuhraya Utara Selatan, Nilai Ke Sg. Besi

Lebuhraya Utara Selatan, Nilai Ke Sg. Besi
Keluar dari Nilai... nanti kita jumpa lagi, ya...

Kebelakangan ini 'sibuk' ke sana ke sini, jadi catatan di blog pun agak terabai. Hanya mampu letak gambar dengan sedikit catatan bagi mempastikan  blog terus 'bernyawa'.  Bila buat catatan melalui telefon, maka keluarlah gambar besar gabak tanpa kapsyen.  Nak edit tak pandai sehingga jumpa komputer meja...

Isnin, 2 Februari 2015

Amboiiiiii ... bukan main lagak dia...

...mengalahkan Abang Long Kawasan!

Muhammad Qaid Darwish pun pening tengok gelagat Atuk... hehehe 
Nak buat apa dengan pemegang pintu tu?
Mencari alat ganti ke atau mencari mangsa?...
Dua-dua tak dapat...jom kita balik...
Alahai... Atuk... Atuk...
peninglah Qaid tengok Atuk ni... hehehe

Gambar-gambar Atuk kat atas tu dirakam oleh SiRibenMerah @ Iyra Mutalib... :)

Ahad, 1 Februari 2015

1 Februari 2015 - harga petrol dan diesel turun lagi...

...berikutan jatuhnya harga minyak di pasaran dunia (eh... bagus juga bila subsidi di tarik balik ni, kan? hehehe)

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang.

Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.



Agak-agaknya harga barangan lain yang sebelum ini ikut naik bila harga minyak naik, akan turun tak bila harga minyak dah turun???

Hmmmmmmmmmmm... pasti lintah akan menjawab 'saya belum kenyang lagi, saya perlukan darah untuk terus hidup'...