Kawan-kawan kakcik

Ahad, 1 Februari 2015

1 Februari 2015 - harga petrol dan diesel turun lagi...

...berikutan jatuhnya harga minyak di pasaran dunia (eh... bagus juga bila subsidi di tarik balik ni, kan? hehehe)

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 turun sebanyak 21 sen seliter manakala RON97 diturunkan sebanyak 11 sen seliter dan diesel turun 23 sen, mulai 1 Februari 2015.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.70 untuk petrol RON95, RM2 bagi RON97 dan RM1.70 bagi diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek dalam kenyataan itu berkata, kerajaan akan sentiasa mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan berikutnya.

"Harga baharu bagi petrol dan diesel dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Januari 2015 dan kadar pertukaran matawang.

Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baharu ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu yang ditetapkan kerajaan ini," kata Hasan.

Pada 1 Disember 2014, harga runcit petrol dan diesel ditetapkan mengikut sistem apungan terurus, yang menandakan penghapusan semua subsidi bahan api.

Di bawah apungan terurus tersebut, harga runcit akan berdasarkan purata harga bulanan minyak mentah dunia.



Agak-agaknya harga barangan lain yang sebelum ini ikut naik bila harga minyak naik, akan turun tak bila harga minyak dah turun???

Hmmmmmmmmmmm... pasti lintah akan menjawab 'saya belum kenyang lagi, saya perlukan darah untuk terus hidup'...

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah... kat sini dari 1.30 dan turun 1.03... tu pun trend masih lagi menurun...

    BalasPadam
  2. WALAUPUN MINYAK TURUN TP KITA TAK PAYAH BERMIMPI BARANG2 LAIN AKAN TURUN..

    BalasPadam
  3. Harga barang tetap naik. Van sekolah pun tambang naik. Acane?

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..
    minyak naik, barang naik
    minyak turun, barang tak turun2...

    BalasPadam
  5. pttla....lintah ye...mmg liat nk turun. Alasan popular mereka dah tukar sekarang. Tak boleh turun harga sebab GST!

    BalasPadam
  6. petrol turun. begitu juga ringgit.

    saya dah mula berfikir cara economist sekarang. heheh~

    BalasPadam
  7. yang paling saya bimbang ialah bila harga minyak naik semula mencecah seperti harga asal... apa akan jadi pada harga barang masa itu?

    hu..hu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu im..pasti masa tu duit rm 50 dah macam rm 5..kan

      Padam
  8. Wah harga minyak turun di Malaysia. Di tempat kami pun turun cantik! USD1.79 segelen untuk unleaded.

    BalasPadam
  9. Kalau tanya peniaga mereka akan kata: 'macam mana kami nak turunkan harga kalau tambang bas express, bas sekolah, teksi, gas dan tarif letrik pun tak turun-turun? Kalau semua harga yang lain turun, kami pun turunkanlah harga'.

    Pandai lintah menjawab kan...? Selagi dracula tak kenyang hisap darah, selagi itulah lintah, pacat dan nyamuk tak kenyang hisap darah kita juga.....hehehehe..

    BalasPadam
  10. quote last sekali tu memg mantap..hehe.. dasyat betul lintah. tu lah mnyak turun hrga brg tak turun tp bla mnyak naik hrga brang laju jer naik...benci betul

    zinziemeewah

    BalasPadam
  11. Minyak turun baru ni lum try isi lagi KC.....Sure penuh kslsu idi Rm50 henggit ni

    BalasPadam
  12. Mana ada harga barang turun, Kakcik. Dalam mimpi kita ajelah.... Kalau harga minyak naik, esok nak naik harga hari ni peniaga dah naikkan harga barang. Tapi, bila harga minyak turun, buat-buat tak tahu jerk. Sakit hati insan marhaen tau!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.