Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 4 Julai 2014

Sekejap sangat dah hari ke 6 Ramadhan 1435H....



....bermakna makin singkat usia kita.  Entah sempat entah tidak untuk bertemu Syawal.


Hari ini aku  dan suami bercuti.  Tapi tetap keluar rumah seperti biasa  di awal pagi.  Bersama suami menghantar Angah ke pejabatnya di Shah Alam.  Dari Shah Alam ke Putrajaya.  Ada sedikit urusan di Bahagian Pinjaman Perumahan.

Balik dari Putrajaya, singgah sekejap di rumah.  Kemudian ke pasaraya besar untuk beli barang dapur. Singgah pula di kedai urut.  Urut seluruh badan selama sejam.

Sekarang berehat sekejap sebelum menyambung urusan-urusan seterusnya.  InsyaAllah.

Khamis, 3 Julai 2014

Felexia Yeap , selamat kembali kepada fitrah...

Semoga kekal langkahmu di jalan Allah
semoga tiada apa satu pun yang boleh membuatkan peganganmu goyah
semoga segala yang telah berlalu tidak lagi menjadi padah
semoga dirimu menjadi sebaik-baik Muslimah

Hari ini hari ulangtahun kelahiranmu
hari ini kau kembali lahir setelah 28 tahun berlalu
biar apa pun cemuhan terhadapmu
ingatlah bahawasanya mereka bukanlah terlebih baik dari dirimu

Hidayah itu milik Allah
kepada siapa dilimpahkan tiada siapa berhak mempersoalkan

Kita yang dilahirkan sebagai Muslim,  sudah sempurnakah iman kita bila berpakaian pun kita masih belum 'redha' hendak melonggarkannya?  Masih ingin kelihatan anggun dengan pakaian ketat walaupun rambut kita tudungkan...

Renung-renungkanlah...

#ingatanuntukdirisendiri

Rabu, 2 Julai 2014

Bila puasa pun tidak mampu memberikan keinsafan...

...maka bagaimana lagi jiwa hendak dididik?

Mungkin ada yang beranggapan puasa hanya untuk berlapar dahaga sepanjang siang dan berpesta makanan sebaik azan Maghrib berkumandang...

Mungkin juga ada yang merasakan berpuasa hanya untuk merasakan meriahnya bila tiba hari raya...

Lalu...kedatangan Ramadhan yang penuh keberkatan ini bagai tidak ada maknanya bagi mereka yang :

- pemarah terus dengan kemarahannya

-  baran terus dengan 'kepanasbarannya'

- pemakan terus dengan keinginan untuk makan yang enak-enak sahaja

- dan pelbagai ragam lagi...

Anak-anak yang tak pernah merasa susah, tidak teragak-agak menarik muka terhadap ibu yang menyediakan hidangan yang tidak menepati citarasa mereka...

Suami yang jangankan hendak berterima kasih atas susah payah isteri sebaliknya memperlekehkan pula...

Kalau kita masih menunaikan solat (apa ertinya berpuasa tanpa solat), luangkanlah sedikit masa untuk berdoa.   Mohonlah dari Allah SWT agar hati kita sentiasa dilembutkanNya.  Semoga kita menjadi insan yang sentiasa tahu bersyukur.  Sesusah-susah kita,  tetap ada makanan untuk dijamah berbanding dengan saudara-saudara kita di ceruk lain dunia yang terpaksa mengais tanah mencari apa yang boleh menjadi 'alas perut' mereka...