...aku jadi rindu pada -
Mak dan pak (semoga roh mereka dicucuri rahmat) -
terdengar-dengar suara mak membaca ayat-ayat suci Al Quran.
terbayang-bayang pak menunggang motosikal pergi dan balik ke/dari surau.
terngiang-ngiang juga suara pak berleter sambil menyapu dan memerun sampah berselang-seli dengan suara mak yang bercakap terjerit-jerit kerana pak sudah hilang pendengaran...
Aku juga rindu dengan kehadiran imam-imam solat tarawikh (anak-anak belasan tahun dari sekolah tahfiz yang diambil oleh surau-surau berdekatan) yang menginap di rumahku sepanjang Ramadhan. Mereka berbuka dan bersahur bersama keluargaku.
Sewaktu aku dan suami ke pejabat dan anak-anakku ke sekolah, mereka tinggal di rumah dan menghidupkan rumahku dengan alunan ayat-ayat suci Al Quran.
Kini mereka entah di mana. Hanya seorang dua yang masihku ingat rupa dan namanya.
Setelah Along dewasa dan berumahtangga, tiada lagi imam-imam muda bertamu ke rumahku sepanjang Ramadhan...
Dalam gambar di bawah adalah anak angkatku bersama Bangcik. Anak yang ini berusia 24 tahun (sebaya Angah). Baru sebulan balik dari Mesir setelah belajar di sana selama beberapa tahun. Sekarang bertugas di Seksyen 8, Shah Alam...