Kawan-kawan kakcik

Rabu, 11 September 2013

Alahai SYABAS...

Pandai-pandai tukar meter air yang baru tapi buat kerja 'asal ada'.
Tengok tu - meleleh-leleh air keluar...

Salam pagi Rabu kawan-kawan...

Sukarnya nak menceriakan hati sendiri...
Orang tua tak sedar diri, berlagak bagaikan si dara sunti!

Selasa, 10 September 2013

Kakcik dah kurus...

Ini bukan catatan perasan ya...

Cuma nak berkongsi saja.

Macamana kakcik jadi kurus?

Sebenarnya,  kakcik pun pada mulanya tak perasan kakcik dah kurus.  
Seronoknya bila dah kurus ni, badan jadi ringan.  Berjalan kaki ikut orang muda (Dr Singa, CPL dan SRM) berjalan kaki sejauh 4km pun masih boleh bertahan dan tak perlukan ubat lelah!

Kisahnya bermula sejak kakcik balik dari Tanah Suci pada bulan Mei lepas.   Bila kakcik makan, srmua makanan kakcik rasa masin.   Jadi ianya membantutkan selera makan kakcik.   Sehingga masuk bulan Ramadhan,  kakcik sudah biasa tak makan banyak. 
Bila masuk Syawal,  di jamuan rumah terbuka pun kakcik cuba disiplinkan diri.  Makan seadanya.  

Di hari-hari biasa,  kakcik cuba makan nasi sekali sehari.  Kadangkala terbabas juga.  Kakcik lebihkan makan sayur dan lauk. 

Bila ada jamuan seperti di mesyuarat pun, anggap makanan yang banyak itu untuk orang lain sama...

Tak mengapalah muka nampak 'kecut' asalkan badan sihat dan harapnya
berat badan tak naik kembali...