Kawan-kawan kakcik

Selasa, 10 September 2013

Kakcik dah kurus...

Ini bukan catatan perasan ya...

Cuma nak berkongsi saja.

Macamana kakcik jadi kurus?

Sebenarnya,  kakcik pun pada mulanya tak perasan kakcik dah kurus.  
Seronoknya bila dah kurus ni, badan jadi ringan.  Berjalan kaki ikut orang muda (Dr Singa, CPL dan SRM) berjalan kaki sejauh 4km pun masih boleh bertahan dan tak perlukan ubat lelah!

Kisahnya bermula sejak kakcik balik dari Tanah Suci pada bulan Mei lepas.   Bila kakcik makan, srmua makanan kakcik rasa masin.   Jadi ianya membantutkan selera makan kakcik.   Sehingga masuk bulan Ramadhan,  kakcik sudah biasa tak makan banyak. 
Bila masuk Syawal,  di jamuan rumah terbuka pun kakcik cuba disiplinkan diri.  Makan seadanya.  

Di hari-hari biasa,  kakcik cuba makan nasi sekali sehari.  Kadangkala terbabas juga.  Kakcik lebihkan makan sayur dan lauk. 

Bila ada jamuan seperti di mesyuarat pun, anggap makanan yang banyak itu untuk orang lain sama...

Tak mengapalah muka nampak 'kecut' asalkan badan sihat dan harapnya
berat badan tak naik kembali...

28 ulasan:

  1. assalamualaikum kakcik....tak ada la kurus sangat okay je ni...;)

    BalasPadam
  2. Tahniah kakcik..

    kalau saya berjalan sejauh 4km rasanya mahu pengsan.. :P

    BalasPadam
  3. mmg kembang bila dikata dah kurus hehe...

    BalasPadam
  4. AsSalam Kakcik..
    lama tak berkunjung ke rumah kak cik ni?
    kak cik sihat?

    nampak perubahan kat muka kakcik..
    nisha pon tengah berusaha nak kecilkan badan,
    dulu pepagi makan nasi lemak.. sekarang mkn nestum pulak (^_~)

    BalasPadam
  5. lepas raya hilang target nak kuruskan badan sebab tiap2 minggu ada sesi menternak lemak.. :(
    lepas ni kena usaha lebih untuk kuruskan badanlah jawabnya.

    BalasPadam
  6. As-salam Kakcik..

    Wah.. bagusnya kakcik dah kurus.. terima kasih ya berkongsi tips yang baik tu.. boleh saya cuba juga..

    BalasPadam
  7. ye la kakcik nampak kurus skrg ni... kesan dari puasa kot...hehe
    tak pe asal sihat sudah ye...:)

    BalasPadam
  8. Aaammmbbooihhh selim de river dh kakcikku! Alhamdulillah moge maintain selim & sihat, aminnnnnn :)

    BalasPadam
  9. kakcik dah slim..kakcik sharelah apa rahsia kakcik maintain gini....

    BalasPadam
  10. wah da slim ye kakcik...nnti kene mantain berat la yer..

    BalasPadam
  11. bestnya...bila badan da kurus nie...part yg best tu...time bejalan lah...sebab nak bwak bdan...rasa ringan la skit...kaki pun x cepat lenguh kan k.cik...+ yg penting badan pun sihat juga...:)

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Kak Cik

    bertambah comelllllllll....he he

    BalasPadam
  13. yang penting kakak .. pandai jaga makan kan ;)
    muka kecut badan sihat itu yg org nak kak ;)
    saya jelesss ..

    BalasPadam
  14. eh!!betul la..nampak bidang bahu tu macam dah kecik..
    tahniah ...

    saya memang kuat makan..nak disiplin tu
    memang tak kuat la..heheh

    BalasPadam
  15. waa saya dah naik semula, semalam timbang naik hampir 1kg sejak lepas raya

    kena disiplinkan diri semula ni

    BalasPadam
  16. iyra pon nak kurus jugak...
    sob sob sob..

    bila la nk jogging neh.. asyik petang2 hujan je pon..

    BalasPadam
  17. Yang penting kakcik sihat dan cergas kan...saya ni lak yg suka ngunyah..he he..

    BalasPadam
  18. Wahh bestnya.. senang kan kalau badan dah ringan senang nak berjalan kaki pun tak sakit..

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum,
    kakcik memang dah kurus...jeles sangat2 hu hu huhuhu

    BalasPadam
  20. tgk entri ni terfikir, lama leeza tak tulis pasal makanan.

    BalasPadam
  21. kakcik, nak naik badan mmg senang dan cepat, nak turun kan tu... ya ampun... susah bangat!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com