Kawan-kawan kakcik

Isnin, 9 September 2013

Mak, doakan Adik ya...

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, itulah pesanan Adik@Mr. Sepet kepadaku.

Adik, kalau adik tak pesan pun mak memang sentiasa doakan segala yang terbaik buat anak2 mak.  Kadangkala mak risau kalau Allah murka kepada anak2 mak bila mak berkecil hati dengan perbuatan anak2 terhadap mak...

Pertemuan di majlis perkahwinan. ..

8/9/2013 - Ahad.
Memenuhi undangan majlis perkahwinan anak lelaki Tuan Haji Hamzah Al-Lavendari.  Pada Sabtu 7/9/2013, suami mengalami 'lutut terkunci' dan kami rasakan mungkin kami tak dapat ke rumah Pakngah Hamzah.   Tapi bila Allah mengizinkan, tiada yang tidak boleh terjadi.

Membuat catatan melalui NoteII ini menyebabkan kakcik jadi tak pandai hendak meletakkan pautan blog kawan-kawan...

Kakcik sampai bersama Azie, En. Suami dan Bangcik
Bersama Tuan Rumah - Hj. Hamzah Al-Lavendari

Bersama blogger Ibuintan dan RKA (Abi Al-Baihaqi) dan isteri beliau.

Bersama Duda Idaman Malaya (DIM) - Abil Fikri Ahmad
Bersama blogger Yunus Badawi (YB) dan isteri beliau

Azie, Kakcik, Dato' LF, Abil, YB dan IdaNyanyiSunyi


Segmen : BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA (tempoh dilanjutkan)...

Siapa suka bercerita?

Kalau suka, cuba buat cerita berdasarkan gambar-gambar berikut.  Cerita itu mestilah berkaitan antara satu gambar dengan gambar yang berikutnya.

Kalau kakcik suka dengan cerita anda, kakcik akan bagi hadiah.

Sebab kakcik nak bagi hadiah, maka segmen ini kakcik buka kepada kawan - kawan yang jadi pengikut blog ini tak kira yang lama atau yang baru.

Tempoh akhir segmen ini adalah pada jam 8.00pagi 9/9/2013.

Lupa pula.  Sila buat cerita di blog anda dengan tajuk BERCERITA UNTUK KAKCIK SEROJA dan tinggalkan pautan di ruang komen di bawah, ya.  :)