Kawan-kawan kakcik

Selasa, 1 Mei 2012

Pasar malam di Kota Kinabalu...

Orang kata goreng dan makan macam makan jemput-jemput, sedap ni.
Betul ke? Kakcik tak pernah cuba makan pun.


Lebihkurang macam di Chow Kit...

Kalau di sini, mesti kakcik borong bawang yang kelihatan 'cantik' itu.

Pisangnya nampak kurang segar.

Buah apa ni?  Avocado ke?

Ikan yang murah-murah (agaknyalah, sebab kakcik kurang arif tentang harga ikan).

Tuna.  Kalau beli seekor, mahu tak habis makan setahun!

Sayur-sayuran kampung pun ada.



Jom isi minyak dulu...


Bila dah ada minyak, baru senang nak bergerak...

Jom kita ke pulau, nikmati air lautnya yang jernih...

... langitnya yang biru, pasirnya yang memutih dan udaranya yang nyaman.  Semoga segala yang indah itu akan kekal begitu dan tidak punah dek kerakusan manusia sendiri ...

Sangat kagum melihat ikan yang berkumpul itu.

Entah apa yang dikerumunnya.

Sedikit pun ikan-ikan itu tidak lari mahupun mengerumuni kaki.
Kaki kakcik berbaukah? Taklah, kan? :)



Nampak tak ikan todak tu?