Kawan-kawan kakcik

Isnin, 4 Julai 2011

MARILAH MASUK KONTES KE - 3 ANJURAN KOMENSEN ! ...

Marilah ramai-ramai kita mengasah bakat dalam arena pantun dengan menyertai  peraduan yang dianjurkan oleh Tuan Haji Hamzah Al Lavendari ini.


Syarat dan peraturan SILA KLIK DI SINI
Kakcik nak cuba jawab pantun-pantun Kanda AL ini.  Bukan kerana hendak merebut hadiah yang beliau tawarkan, tapi lebih kepada minat kakcik dalam berpantun :

Soalan Kanda AL :

Anak sepat di dalam  sawah
Elok di masak dengan pegaga
Bila dah dapat gading bertuah
Tanduk hendak letak kat mana?

Kakcik jawab :

Piring dan senduk warisan lama
Letak di tepi bakul hidangan
Gading dan tanduk letakkan bersama
Saling melengkapi memukau pandangan

Kanda Al tanya lagi :

Pisang emas masak sesikat
Masak pulut janganlah hangus
Sudah kemas perahu kuikat
Kenapa hanyut dibawa arus?

Kakcik jawab pula :

Jangan dinyonyot sikapur barus
Nanti putus siurat perut
Bagaimana tak hanyut dibawa arus
Talinya putus tiangnya reput

Eh! ada lagi soalan Kanda AL ni :

Anak senangin anak tenggiri
Masuk ke kelong mengelak pukat
Jika tak ingin dibuat isteri
Kenapa diusung merata tempat?

Kakcik cuba jawab jugalah :

Junjung peria bersama ketupat
Ke rumah Pak Haji di hujung titi
Diusung dia ke merata tempat
Untuk menguji jujurnya hati


Kepada yang ingin menyertai 'rancangan berbalas pantun' ini, bolehlah berkunjung ke blog Kanda AL atau KLIK SAHAJA DI SINI


Kalau mak menang tapi mak tak nak duit tu,
mak bagi je kat Adik.  Nanti boleh Adik pergi
makan dengan Ayah. :)















Sabtu, 2 Julai 2011

Mana yang betul? ...

Apa ni???

v

v

v

v

v

v

v

Limau Jeruk...

 atau


Jeruk Limau??

mana yang betul?  Limau Jeruk atau Jeruk Limau???

Kesilapan yang macam itulah yang
membuatkan Adik keliru masa hendak
menjawab soalan peperiksaan, tau? :(