Kawan-kawan kakcik

Ahad, 3 April 2011

Along dan Anas...


Semoga segala urusan mereka dipermudahkan serta dikurniakan oleh Allah SWT dengan kesihatan yang baik, keimanan  yang bertambah mantap dan hidup yang dilimpahi rahmat dan berkat.

Doa yang sama juga buat Tn. Hj. Salam (lelaki berkemeja putih di sebelah kanan) yang telah menaja kedua-dua mereka mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah. Hanya Allah jugalah yang dapat membalas segala budi baik Tn. Haji.



Sabtu, 2 April 2011

Bertemu kembali...

Corat coret ringkas untuk dua hari...

* mendaftar masuk di Grand Margherita, Kuching.  Bilik 647.  Kemudian keluar sebentar.  Hendak masuk balik tidak boleh kerana ada masalah pada kad kunci.  Lapor pada pihak hotel.  Selepas hampir satu jam baru boleh masuk dengan menggunakan anak kunci biasa.  Dalam masa menunggu, perut memulas.  Terpaksa guna tandas berhampiran kolam mandi yang tiada paip (apatah lagi getah!) Huh...

**  Masuk ke bilik,  terpaksa duduk bersama BS tanpa keluar kerana nanti tidak boleh masuk semula.  Suami menghadiri mesyuarat.  Selepas tiga (3) jam, setelah berkali-kali pihak pengurusan hotel cuba menyelesaikan masalah kad kunci, tapi tidak berjaya barulah kami dipindahkan ke bilik 650.

*** Ramai wartawan dari Media Prima dan juga 'rombongan' dari Felcra (berdasarkan baju korporat yang mereka pakai) berkampung di Grand Margherita. 


**** Tersangat gayat (takut terbalik) setiap kali menaiki sampan pergi/balik ke Kg Gersik untuk membeli kek lapis.

Kuching akan berpesta!!!  

*****  Balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia = AK 5225, jam 2.30 petang dari Kuching.  Ya Allah, terasa nyawaku  bagai telur di hujung tanduk bila tiba-tiba pesawat yang dinaiki terhentak seperti kereta yang melambung akibat terlanggar bonggol!  Satu pesawat terjerit.  Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingin terjadi.

****** Menaiki teksi balik ke rumah.  Pemandunya seorang lelaki Cina asyik bercakap tentang kebimbangannya terhadap kuasa nuklear bersama suamiku.  Aku dan BS di belakang, rasa terbuai-buai dialun irama instrumental yang sangat kuat!

Itu sahaja buat masa ini.

Eh!  Bujal... mana alamat kamu???

nota hati :  Lega dan sangat bersyukur mendengar suara Along yang kedengaran sihat (baru dua hari berjauhan) dari Tanah Suci Mekah.  Mereka di sana baru sahaja selesai menunaikan solat Fardhu Zuhur.




Jumaat, 1 April 2011

Encik Nuff...

Munafik betul kakcik ni.  Dulu dah buang iklan Encik Nuff tu, sekarang ni pasang balik.  

Eh! tapi kenapa letak iklan tu tersorok jauh di bawah sana?  Itu tandanya bukan hendak 'berniaga'.

Kakcik pasang semula  Encik Nuff itu hanyalah kerana ini...



Kalau tak pasang iklan rupanya statistik dan kata kunci tidak akan diambilkira ke dalam akaun Encik Nuff.  Kakcik ni memang suka tengok statistik dan kata kunci itu.

Nota hati :  hari ini dan esok, kakcik berada di Bumi Kenyalang dan Along berangkat ke Tanah Suci pada petang ini, InsyaAllah.  Doakanlah agar segalanya di dalam perlindungan dan dipermudahkan olehNya.