Corat coret ringkas untuk dua hari...
* mendaftar masuk di Grand Margherita, Kuching. Bilik 647. Kemudian keluar sebentar. Hendak masuk balik tidak boleh kerana ada masalah pada kad kunci. Lapor pada pihak hotel. Selepas hampir satu jam baru boleh masuk dengan menggunakan anak kunci biasa. Dalam masa menunggu, perut memulas. Terpaksa guna tandas berhampiran kolam mandi yang tiada paip (apatah lagi getah!) Huh...
** Masuk ke bilik, terpaksa duduk bersama BS tanpa keluar kerana nanti tidak boleh masuk semula. Suami menghadiri mesyuarat. Selepas tiga (3) jam, setelah berkali-kali pihak pengurusan hotel cuba menyelesaikan masalah kad kunci, tapi tidak berjaya barulah kami dipindahkan ke bilik 650.
*** Ramai wartawan dari Media Prima dan juga 'rombongan' dari Felcra (berdasarkan baju korporat yang mereka pakai) berkampung di Grand Margherita.
**** Tersangat gayat (takut terbalik) setiap kali menaiki sampan pergi/balik ke Kg Gersik untuk membeli kek lapis.
Kuching akan berpesta!!!
***** Balik ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia = AK 5225, jam 2.30 petang dari Kuching. Ya Allah, terasa nyawaku bagai telur di hujung tanduk bila tiba-tiba pesawat yang dinaiki terhentak seperti kereta yang melambung akibat terlanggar bonggol! Satu pesawat terjerit. Alhamdulillah, tiada kejadian yang tidak diingin terjadi.
****** Menaiki teksi balik ke rumah. Pemandunya seorang lelaki Cina asyik bercakap tentang kebimbangannya terhadap kuasa nuklear bersama suamiku. Aku dan BS di belakang, rasa terbuai-buai dialun irama instrumental yang sangat kuat!
Itu sahaja buat masa ini.
Eh! Bujal... mana alamat kamu???
nota hati : Lega dan sangat bersyukur mendengar suara Along yang kedengaran sihat (baru dua hari berjauhan) dari Tanah Suci Mekah. Mereka di sana baru sahaja selesai menunaikan solat Fardhu Zuhur.
nota hati : Lega dan sangat bersyukur mendengar suara Along yang kedengaran sihat (baru dua hari berjauhan) dari Tanah Suci Mekah. Mereka di sana baru sahaja selesai menunaikan solat Fardhu Zuhur.
Welcome Back my dear sis..:):):)
BalasPadamrehat2 dulu sis:):)
Tinie sayang...
BalasPadambila balik ni...banyak kerja rumah pula yang menanti. Mujurnya esok hari Ahad. :)
sallam Kak Cik,
BalasPadamSelamat kembali kerumah,
Selamat berbloh semula.
ya allahh kakcikk..kaseh lupa la kakcik g kuching...aritu mmg kebizian sgt.. ingat nak msg kakcik tapi lupaaa :((( mau jugakk souvenirr... uwaaaaa
BalasPadamwah..
BalasPadambnyk beli kuih lapis sarawak ye..
slmt kmbali..
mesti byk beli kek lapis tu
BalasPadampost sket kat n3 ni..ehhee
salam kakcik..
BalasPadamlama xsinggah sini..
bestnye g sarawak..heheh..penah gak dok kat grand magherita last year...masa tu outstation...best...sy jatuh ati ngan interior kar dlm bilik tu..hehhehe
W/salam Lipislady...
BalasPadamterima kasih. :)
Kaseh...
BalasPadammeh alamat. Emelkan ke emzekjay@hotmail.com :)
TK...
BalasPadambeli yang orang minta belikan sahaja. Kakcik tak begitu suka makan kek itu. :)
SN...
BalasPadamkali ini kakcik tak ambil gambo. Kamera Along bawak..kamera yang ada, kakcik tak pandai guna! :)
Cik Ceria...
BalasPadamInsyaAllah, hujung bulan ini kakcik akan ke sana lagi dan akan menginap di hotel yang sama juga. :)
selamat berehat dulu akak.
BalasPadamBujal?...hek eleh.. teringat pulak majallah kesayangan IM masa sekolah dulu nih!
BalasPadamalaaa... tak sempat nak kirim kek lapis sarawak....
BalasPadambergegar?? pilot amatur tu.. hehe
assalamualaikum kak Chik
BalasPadamalhamdulillah selamat sampai,kak chik.
sedapnya kek lapis sarawak,kan kak chik
eelobor...
BalasPadamtak dapat nak berehat betul-betul bila balik ke rumah...;-)
IM...
BalasPadamkakcik pun suka baca majalah tu. :)
Dr h4ni3...
BalasPadammujur selamat mendarat dengan sempurna. :)
Nanti hujung bulan ni, kakcik akan pergi lagi. Nak yang rasa macam mana? :)
wa'alaikummussalam ummu...
BalasPadamkek tu ada yang sedap, ada yang 'biasa' sahaja - rupa berbeza, tapi rasa lebihkurang sama. :)
salam kakcik,
BalasPadamwalo best macam manapun bilik hotel, rumah sendrik jugak yang selesa, tenang dan best kan.. :) selamat pulang ke umah.. heheh..
W/salam Aanas...
BalasPadammanakan sama rumah sendiri... :)