Hehehe.. tengok tajuk macam berbau perkauman politik sahaja. Tak ada apa-apa pun. Cuma nak beritahu, esok hingga Isnin, aku bersama suami dan Budak Sepet akan berada di Utara Semenanjung 1Malaysia. (^_^)
Ada sesiapa ingin berjumpa dengan kakcik tak? (Ceh! perasan macam artis atau ustazah glamour tuuuuuuu...).
Oleh kerana aku tidak membawa 'ofis' (Azie tahulah apa maksudku itu) bersama, jadi tidak dapatlah aku bersiaran selama pemergian kami itu. Bagaimanapun, sekiranya selepas tiga atau empat hari, masih tiada siaran - kirim-kirimkanlah doa, ya?





