Satu permintaan yang lebih berbentuk arahan!
Tiba-tiba anda menerima panggilan dari satu nombor yang tidak dikenali. Setelah dijawab, sipemanggil mengenalkan diri dan berkata, 'telefon aku balik' dengan nada yang tegas dan tidak mesra alam. Wah! apa kes pulak ni?
Disebabkan anda mengenali sipemanggil (walaupun ingat-ingat lupa - itu pun kerana telah bertemu semula beberapa bulan lalu selepas berpuluh tahun tidak bersua), anda pun dengan 'baik hati' menelefonnya semula. Dia sebenarnya bukanlah saudara mara anda mahupun kenalan rapat. Cuma anda pernah satu sekolah dengannya - bukan sekelas pun!
Dipendekkan cerita, dalam perbualan itu dia berkata, 'kau masukkan duit sikit - dalam tiga empat ratus ke dalam akaun aku. Aku tengah sesak ni'. Amboi mak .... anda seorang jutawankah? Atau setidak-tidaknya anda punya wang yang banyak yang boleh diminta oleh sesiapa sahaja? Sedangkan hakikatnya, nak memenuhi keinginan anak-anak pun terpaksa berfikir berkali-kali...
Difikir-fikirkan semula, anda tidak pun pernah berhutang dengannya yang memungkinkan dia meminta wang itu sebagai bayaran kepada pinjaman yang diberikannya.
Jadi, apakah agaknya tindakan yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi begini??
diamkan aje...
BalasPadamkak cik...
BalasPadamcakap gini .. saya ada hutang kah dengan kamu... kalau tiada .. minta maaf lah..bukan tak mahu membantu..tapi diri sendiri juga memerlukan wang....
kalau dia reply dengan kasar... buat apa nak balas kasar... buat saja tak tau ....
Salam KakCik
BalasPadamAbaikan aje. Diberi atau tidak diberi, kesudahannya sama aje.
SALAM KACIK,
BalasPadamMANUSIA HEBAT DIA NI ! SUSAH NAK JUMPA ! KALAU YA PUN ADA MASALAH DAN NAK MINTA TOLONG, CAKAPLAH BERHEMAH SEDIKIT. SEJUK HATI ORANG MENDENGARNYA ! SEKARANG NI APA DAH JADI?
KALAU LF (MAAF KALAU TERLEBIH CAKAP), LF TAK AKAN BERI PINJAMAN. KALAU DIA CALL BALIK, LF BIASANYA AKAN MINTA MAAF TAK DAPAT NAK BERI PINJAMAN. KALAU DIA MARAH2, LF CEPAT2 LETAK TELEFON !
bagitau je dia..."baaanyakkk cantikkk!!!!!"
BalasPadamSalam KOG...
BalasPadamkita diam - dia call pagi petang siang malam - memekak je bunyi telefon tu - nak di'silent'kan, tak dengar pulak bila orang lain telefon. Dah tu, pandai pulak dia tukar2 nombor... :(
Ila...
BalasPadammemang sudahnya terpaksa diabaikan sahaja..walaupun dia itu masih tak putus asa mencuba...
Salam CS...
BalasPadamrasanya kalau diberi, akan ada ulangannya nanti... :(
Salam Dato'...
BalasPadammemang tak dapat nak diberi walaupun jumlah yang diminta sudah berkurangan... Rasanya bukan hendak meminjam tapi lebih kepada 'meminta'.. :(
Salam Fa...
BalasPadamnanti dia jawab, 'memanglah cantik...' hehehe... Tak boleh dilayanlah rasanya...
x koser nak melayan
BalasPadamhehehehehe
Terus dgn selamba saya cakap takde duit....
BalasPadamSalam Cheqna..
BalasPadammemang tak koser nak layan.. tapi dia tak faham-faham...
Salam Echam...
BalasPadamdah dicakap tak ada duit, dia 'turunkan' pulak jumlah yang diminta... sungguh dia tak faham! :(
ajak jer datang beraya kat rumah..orang nak berbaik dgn kita apasalhnya..huhu.
BalasPadamsama dgn saya..tapi saya ajak dating jerr
Salam Zeq...
BalasPadamdatang ke rumah, nanti lain pulak yang dimintanya... :(
Salam Kakcik,
BalasPadamJika kita berkemampuan apasalahnya membantu, dia sedang sesak dan sangat memerlukan. Mudah-mudahan kita akan mendapat ganjaran dari pertolongan ikhlas itu.
Jika kita sendiri sesak, nyatakan terus terang. Perkara ini ada juga berlaku kepada diri saya sendiri dan saya hanya membantu sekadar yang termampu. Tapi biasalah - pinjam tak ingat nak pulangkan. Lalu saya halakan sahaja.
usah layan .. cara dia minta tolong pun sudah menyakitkan hati.
BalasPadamkalau orang yang benar2 susah, dia takkan minta cara begitu.
Salam Hj. Zed...
BalasPadamkalau kita berkemampuan mungkin tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalah bila diberi bantuan, dia akan asyik melarikan diri walaupun kita tak cari dan tiba2 muncul kembali untuk meminta lagi! :(
Salam Kanda AL...
BalasPadamkadang2 susah juga jadi orang yang 'lembut hati'. Tapi kalau dah terkena takkanlah nak dibiarkan diri terkena lagi.. kan? :)
ckp cenggini je kak:
BalasPadam'sorry, aku mmg nak tlg tp aku tak dpt tlg laa.. pe kata ko tanya org lain?'
ckp la kucing akak nak beranak. :D
orang berbudi, kita berbahasa,
BalasPadamorang kurang ajar, kita biarkan aja.. kang kita pun sama level ngan dia kan kak cik kan..
Salam GB...
BalasPadamnasib tak cakap 'aku nak beranak'! ... aduyai...
Salam Rina...
BalasPadambetullah... nak ikut rentak dia.. nanti tak pasal2 darah bukan setakat naik ke kepala tapi memancut ikut telinga! :)
cakap kat dia...sorry i can't be of help. i need that money for myself. ok dah takdak kredit nih, bye!!! and terus hang up!huhuhu
BalasPadamhttp://twinkywinkystars.blogspot.com
kalau saya, saya x kan telefon dia balik..haha!
BalasPadamlainlah itu adik-beradik kita..lagipun cara dia nak mintak tolong pun dah salah..heh!
Salam Drama Mama...terima kasih kerana sudi singgah dan tinggal komen
BalasPadamalasan dia suruh telefon balik tu sebab dia tak ada kredit - dan kita pun tiada wang yang dia minta..
Salam Firuz...
BalasPadammulanya tak mahu juga telefon balik.. tapi ingatkan kot ada apa-apa makluman yang dia nak bagitahu - nak menjemput atau apa - rupanya lain cerita!
salam kakcik.. maaf dengan cara sebegitu, sy akab ckp jek tk dapt nk tolong. hehe
BalasPadamApa tindakannya..???
BalasPadamJawapannya... bolayan jelah orang macam tu... tak rugi satu sen pun kalau tak berkawan mahupun berhubungan dengannya.
Tanya balik kat dia, lu sapa...???
mang aiiiiii, senang je dia minta duit....
BalasPadamorg cam tu jgn layan kakcik, sekali beri nanti dia minta lagi...dan lagi
Salam Kakcik,
BalasPadamjangan amik port punn..Buang masa.
Sapa dia tu? Mak tiri ker...? ewahhhh
BalasPadamamboi amboi amboi...dia ingat kakcik ni madu dia ke? teheheee :p
BalasPadam*eh kakcik ada madu minta tolong madu belikan susu anak dia sebab laki depa tak kasi duit@talak luit lol :D
hohoho...masa nak kawin tak hengat diri tu miskin tegar.ishhh *sabo je aku*
Pernah berlaku pada Pak Nidus...bukan orang lain, Cikgu kita dulu...mula2 layan juga, tapi kalu dah selalu sangat Pak Nidus putus sahaja hubungan...habis cerita. Maaf yer cikgu.
BalasPadamSalam Cyana...
BalasPadamdah cakap. Dia kata, 'takkan sikit pun tak ada'.... hmmmm.....
Salam Isa...
BalasPadamkalau tanya dia siapa... dipangkal namanya ada 'tanda' yang menunjukkan dia dari keturunan bangsawan dan begitu bangga dengan 'tanda' itu...tetapi hakikatnya??? Jadi, kesimpulannya, tak payahlah bangga dengan pangkal nama yang tak memabawa 'sen' itu kan? :)
Salam ibuintan...
BalasPadammemang itu yang kakcik fikirkan. Bukanlah nak berkira sangat kalau kita mampu, tapi kalau sekali dia 'berani' buat begitu... maknanya dia akan berani untuk bertindak yang sama di masa akan datang...
Salam Yan...
BalasPadammemang buang masa sebab dia 'mengganggu' tak kira masa...
Salam Azie...
BalasPadamkalau mak tiri, tentu juga dia isteri bapak kita... tapi yang ini mak bapa dia pun kita tak tahu siapa....
Salam Combi...
BalasPadamsebenarnya dia seorang lelaki... :(
Salam Pak Nidus...
BalasPadamsebelum ni pun hubungan itu bukan macam isi dengan kuku pun... Bukanlah tak ada niat nak menolong langsung... tapi caranya itu membuatkan kita rasa 'sakit'...
salam...
BalasPadammacam2 penipuan ada sekarang nie...buat x tau jer
Salam Ummi...
BalasPadamsemuanya nak senang, kan?
salam kakcik syg..
BalasPadamkes cmni pernah terjd kt nora..dh bertahun2 x contact..tetiba cari kita semata2 nk pinjam duit..dlm hati tertanya2 gak..xkn lah x boleh pinjam dgn mak bapak..sedara mara yg lain ker..melainkn sbb dh selalu pinjam dgn diorg dan utang pn masih lom lunas..boleh belahh kwn cmtu..hehehe
Salam Kak Cik,
BalasPadamJika dia bersifat seperti itu, jangan berikan peluang lagi. Biasanya mereka yang cam gini, sekali sahaja, lepas tu bila jumpa di mencecet lari nampak bayang kita. Kalau dia datang lagi tanyakan "utang yang dulu bila nak bayo?"
Salam Nora Sayang...
BalasPadamSemasa kakcik buat catatan ni, kakcik memang in gat sangat2 kat bantuan yang pernah Nora beri pada kakcik. Kakcik dah ceritakan hal itu kepada Abgbob dan anak2 beberapa lama dulu. Memang tak akan terlupakan! (bergenang pulak airmata ni...)
Kes yang satu ini, sebenarnya terjadi pada Abgbob.. dia kan jenis mesra alam... tapi, bila tiba bab macam ni, terpaksa jugalah dia 'membodohkan diri dari memberikan layanan mesranya itu'...
Salam Hj Zed...
BalasPadamdari mengeringkan tekak dengan asyik bertanya dan memeningkan kepala kerana asyik teringat2, lebih baiklah dari awal tak perlu menjerat diri, kan? :)
kakcik..pemberian dr seorg adik utk kakak tersayang..yg penting apa yg kita lakukan biarlh diiringi keikhlasan..tanpa mengharapkn balasan..dan yg pasti kakcik terlalu istimewa buat nora..(tika tu dpt nora rasakn betapa sulitnya situasi kakcik..)
BalasPadamNora... memang kakcik terharu sangat2.. bagaikan orang yang hampir lemas mendapat pelampung.. hanya Allah yang dapat membalasnya.
BalasPadam