Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 September 2010

Anak kecil itu gambaran diriku...

melihat anak-anak bermata kuyu
menadah tangan dengan wajah sendu
terkenang diri di waktu dulu
menjemput singgah pun orang tak mahu

apalah tahu sianak kecil
yang tahunya ingin bergembira dan bergaya
walaupun baju yang tersarung ditubuh kerdil
adalah baju terpakai yang kelihatan baru

ke hulu ke hilir bersama rakan
sambil menjenguk ke rumah jiran
malangnya tiada yang ingin menyapa
untuk sikecil menghilangkan dahaga

kembalilah ke rumah duduk sendirian
sambil memandang keceriaan teman
tiada hidangan hendak dijamah
tiada hiburan mengubat sepi

melihat anak-anak yang sedang gelandangan
bagai melihat kembali ke dalam diri
untung juga pernah kurasakan kesusahan
kutahu bagaimana peritnya hidup begitu....


Terkenang-kenang lagi....

Semua gambar dari arkib En. Google (sumber blog-blog yang bertebaran di maya...)


agar-agar kering


samperit

wajik

dodol


kuih siput

halwa maskat

halwa betik

Yop Tajnur.. kat ghomah mike ada ke seknika kuih ni.. teman nak datang dengan tak malunya... (^_^)


Doa Hari Keduapuluhtiga Ramadhan

Bismillahhirrahmannirrahim...

Ya Allah, sucikanlah kami dari dosa-dosa. Bersihkanlah diri kami dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hati kami, wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Amin Ya Rabbal 'Alamin