Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 September 2010

Anak kecil itu gambaran diriku...

melihat anak-anak bermata kuyu
menadah tangan dengan wajah sendu
terkenang diri di waktu dulu
menjemput singgah pun orang tak mahu

apalah tahu sianak kecil
yang tahunya ingin bergembira dan bergaya
walaupun baju yang tersarung ditubuh kerdil
adalah baju terpakai yang kelihatan baru

ke hulu ke hilir bersama rakan
sambil menjenguk ke rumah jiran
malangnya tiada yang ingin menyapa
untuk sikecil menghilangkan dahaga

kembalilah ke rumah duduk sendirian
sambil memandang keceriaan teman
tiada hidangan hendak dijamah
tiada hiburan mengubat sepi

melihat anak-anak yang sedang gelandangan
bagai melihat kembali ke dalam diri
untung juga pernah kurasakan kesusahan
kutahu bagaimana peritnya hidup begitu....


24 ulasan:

  1. salam kakcik
    betul tu
    untung jugak cheqna zaman2 kecik dulu pernah merasa susah...
    at least tahu menghargai apa yang dimiliki skang ni

    BalasPadam
  2. kak cik... menyentuh kalbu coretan ini...

    BalasPadam
  3. Salam Kakcik.

    orang seni rupa2nya akak ni..

    BalasPadam
  4. salam,

    barang yang lepas,
    jangan dikenang,
    kalau dikenang,
    menghiris kalbu.

    BalasPadam
  5. Salam Cheqna..

    semoga mereka yang tak pernah merasa susah pun dapat menyelami rasa hati anak-anak yang malang itu...

    BalasPadam
  6. Salam Ila..

    kakcik tak begitu pandai menggunakan bahasa2 yang puitis, cuma mencoretkan mengikut rasa hati.. :)

    BalasPadam
  7. Salam Yan..

    setakat 'merapu ikuit suka hati' tu.. bolehlah. :)

    BalasPadam
  8. Salam Myri..

    mengenang yang lepas itu bagus juga kalau boleh menginsafkan diri yang sering lupa.. :)

    BalasPadam
  9. Syukur juga, wpun kami orang kampung, belum lagi lah tiada hidangan utk dijamah. Tidak mewah tapi tetap ada...

    BalasPadam
  10. Salam Kakcik

    Camana boleh bergurindam macam effortless aje? Macam senang aje idea keluar.

    BalasPadam
  11. Salam Azie..

    (merujuk kepada situasi kakcik di kampung dulu2) adalah sekadarnya... Nasi bersama pucuk ubi/paku/labu yang dikutip keliling rumah.. atau cendawan syisyo (sisir) dipohon getah yang tumbang dan sebagainya... Ikan tangkap kat sungai.. itu susah orang kampung.. masih ada sumber semulajadi.. :) Alhmadulillah.

    BalasPadam
  12. Salam CS...

    ilham tu senang keluar kalau lahir dari pengalaman atau benda2 yang dekat dengan kehidupan...

    (Kereta dah ok?) :)

    BalasPadam
  13. Kakcik
    Pukul 11 tadi keta dah OK. Masih under warranty so percuma jerlah, hehe.

    BalasPadam
  14. CS...

    Alhamdulillah. Awal lagi kakcik dah ke 'sana' tadi sebaik pintu dibuka.. tapi dah tak pandai nak tiggal jejak pula.. :) Keta baru, ya? :)

    BalasPadam
  15. salam kak cik..

    bait2 yang menyentuh kalbu...

    BalasPadam
  16. Salam Amy..

    semoga memberi keinsafan, bahawa bila kita merasa susah.. ada yang lebih susah lagi.. :)

    BalasPadam
  17. Salam Kakcik seroja,

    Membaca dan menghayati puisi kakcik mampu membawa saya ke zaman dimana kakcik berada, Kerana anak kecil itu adalah diri saya.

    Seoran aku diwaktu itu, Tiada siapa peduli. Tiada siapa yang bertanya. Kerana apa? Kerana kita bukan siapa-siapa. Salam tak bertandang, tak hirau jika berpulang.

    BalasPadam
  18. Salam b.r.u.t.a.l.s.o.l.o..

    sebagaimana yang pernah kakcik beritahu sebelum ini.. bila kakcik malas mengarang panjang2.. kakcik luahkannya dalam bentuk puisi.. :)

    BalasPadam
  19. Salam Hj Zed..

    bila kita pernah melalui saat sebegitu.. maka, tidak susah untuk kita meluahkannya...

    BalasPadam
  20. rasa sayu gak bacanya kak

    sungguh kesusahan tu adalah titik mngajar kita ttg kehidupan..

    BalasPadam
  21. Hello Kakcik, selamat berpuasa, simpan satu lagu dalam hati, Lee.

    BalasPadam
  22. Salam Kak Cik;


    susah dahulu senang kemudian.
    alhamdulillah.

    Allah maha adil.

    BalasPadam
  23. salam bertemu kembali kakcik,
    alhamdulillah kesusahan kita dulu banyak mengajar kita erti tabah dan sabar, seperti gambaran kakcik itu saya juga pernah mengalaminya..

    semoga anak2 kita yang tidak merasainya tahu untuk bersyukur

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com