Kawan-kawan kakcik

Khamis, 2 September 2010

Terkenang-kenang lagi....

Semua gambar dari arkib En. Google (sumber blog-blog yang bertebaran di maya...)


agar-agar kering


samperit

wajik

dodol


kuih siput

halwa maskat

halwa betik

Yop Tajnur.. kat ghomah mike ada ke seknika kuih ni.. teman nak datang dengan tak malunya... (^_^)


41 ulasan:

  1. salam kakcik...


    ummi pun terkenang kuih muih di atas yg pernah di buat sendiri suatu masa dulu bersama adik ketika di kampong...

    selamat hari raya ,maaf zahir dan batin..

    BalasPadam
  2. salam kakcik..
    terpandang kuih lak kat sini..

    kita paling suka agar2 kering tu..
    suker bangat...

    samperit ..dah lama benar tak makan...yg mak sedara punya sedap, tp dia dah lama tak buat..

    halwa betik,arwah mak, dulu selalu buat,letak dlm tin milo,dia guba2 buat bunga la,tp skrng tinggal nostalgia belaka..

    sedihhh.....

    kakcik..
    selamat hari raya..
    ada yg terkasar, harap maafkan yer..

    BalasPadam
  3. Salam Ummi...

    Selamat Hari Raya, mohon maaf andainya terdapat bicara yang menyinggung perasaan atau mengguris hati. :)

    Memang terkenang-kenang kuih-kuih itu.. tapi, tiada lagi dapat dirasa keenakkannya seperti satu waktu dulu.. :(

    BalasPadam
  4. salam,

    arini oang umah wat samperit,
    koi laen bli sket-sket...jadile.

    BalasPadam
  5. Salam Kakzaa...

    Kakcik juga suka agar-agar kering tu. Samperit dulu-dulu, lembut sangat. Yang sekarang ni, jatuh pun tak pecah! Tapi.. kakcik cuma pandai makan dan komplen. Buat memang kakcik tak pandai.

    Selamat Hari Raya Kakzaa. Sama2lah kita saling bermaafan, walaupun kita tak pernah bersua, mungkin melalui kata2 yang dititipkan pun boleh mengguris rasa. :)

    BalasPadam
  6. Salam Myri..

    mesti semerbak harum baunya.. bakle nak mintak sikit! :)

    BalasPadam
  7. kak cik
    sya suka agar agar kering tu
    semua yg ada didalam gambar adalah best... ;p

    salam ramadhan
    selamat menyambut lebaran dan maaf zahir batin

    BalasPadam
  8. Salam Sya...

    tak dapat nak cari lagi kuih-kuih itu versi dolu2.. :(

    Salam Lebaran Sya.. kakcik mohon maaf andainya ada kata2 yang tidak Sya senangi..

    BalasPadam
  9. Kami tak pernah buat kuih raya kak cik. Dulu pernah jugak la mak buat sekali kuih siput tu pasal senang je kan.. gunting2 je.. (mak panggil kuih gunting), sekali terkeras plak.. nak terpatah gigi menggigitnya..

    Terus mak merajuk tanak buat kuih lagi. heheheheh... menurun le ke anak2nya yang cuma tahu kuih tunjuk-tunjuk... (tunjuk kuih, bayar duit, bawak balik)

    BalasPadam
  10. Salam Vic..

    Arwah mak kakcik pandai buat kuih. Bakatnya itu cuma turun kepada adik perempuan kakcik. Yang turun kat kakcik cuma wajah yang seiras arwah mak.

    Nak beli pun, rasa macam tak terbuka hati. Tambah2 kalau tengok biskut yang 'beranika warna' di Jalan TAR - tapi rasanya sama! :)

    BalasPadam
  11. selamat berpuasa kakcik..terkenang juga.. masa zaman remaja .. saya dan kakak2 selalu berebut nak buat kuih raya.. sampai pening paler mak nak sedia bajet kuih raya.. hehehe paling bes.. bila pakat duk gelintir kuih siput ramai2 sambil duk berborak.. sampai merah ibu jari masing2..tapi sekarang masing2 dah ada keluarga sendiri..dah tak ada suasana dulu2 tuu..

    BalasPadam
  12. Salam Uda...

    sekurang2nya kita ada nostalgia tenatang masa lalu tentang buat kuih.. Kakcik terfikir, anak2 kakcik tiada apa hendak dikenangkan. Tiada pelita panjut, tiada suasana membuat kuih... tambahan pula anak semuanya lelaki...

    BalasPadam
  13. Salam Sahrom..

    baulu gulung manis sangat laaaa... :)

    BalasPadam
  14. Salam Ila..

    kakcik juga suka wajik.. tapi kakcik tak suka bila terlekat celah gigi! Kakcik sangat suka wajik yang diperbuat dari ubi kayu dan warnanya merah jambu.. :) (cari gambarnya tak jumpa pulak)

    BalasPadam
  15. Bestlah kakcik ni,
    .nanti letak gambar lauk - pauk pagi raya pulak..
    Emak saya suka buat lontong pagi raya..sambal serunding dgn sambal tumis kerang...sedap sgt.
    Sekarang asyik beraya umah MIL masak daging selom..mkn ngan ketupat sedap gak.

    BalasPadam
  16. Salam Salmi..

    ok.. nanti kakcik letakkan gambar juadah pagi raya pulak! :)

    BalasPadam
  17. dulu masa kecik2 suka menyibuk bila kakak2 sibuk dok buat kuih siput...tapi sekarang tak de dah..diaorang sibuk dengan kuih moden je...huhuhuu

    BalasPadam
  18. dah lama tak makan agar-agar kering tu..selalu mak mertua buat sendiri tapi sejak kebelakangan ni ..mak dah tak buat lg

    BalasPadam
  19. Salam Acu..

    kat mana agaknya ada kuih siput yang sedap, ya? Taknaklah yang bila gigit, gigi kita boleh patah! :)

    BalasPadam
  20. Salam Chik Na..

    kalaulah boleh buat sendiri... (sebenarnya, tak pernah cuba.. kalau cuba mungkin boleh buat, kan? Tapi, minat pulak tak ada..) :(

    BalasPadam
  21. dah lama kan xtgk kuih2 ni...rata2 kuih canggih je

    BalasPadam
  22. Salam Mimi..


    kuih2 moden banyak juga yang sedap jika kena cara dan sukatannya. Tapi, kuih2 lama ini tetap diingatan. :)

    BalasPadam
  23. slm kakcik..
    kite serupe, arwah mak pandai buat koi tp xnurun.. muke yg nurun.. jadi le.. bile rindu ku tatap wajahku hehehe ;)

    BalasPadam
  24. salam kakcik.

    bila tengok gambar kueh2 tu, segera saya teringat satu entri saya "kueh Melayu ada kekuatan tersendiri" sedikit masa lalu.

    memang benar .. terutamanya dodol dan wajik, kalau makan tak payah cich sos nak bagi sedap !

    BalasPadam
  25. Salam AzeedA...

    nak tengok muka sendiri, kenalah tengok cermin, kan? :)

    BalasPadam
  26. Salam Kanda AL...

    dan tak payah tambah perisa 'cukup rasa' kan? :)

    BalasPadam
  27. Salam Zeq...

    apalah yang nak dimalukan.. bukan menggugat ketenteraman awam punnn.. :)

    BalasPadam
  28. salam kakcik
    sihat??
    dah siap ke persiapan raya??

    BalasPadam
  29. Salam Cheqna..

    Alhamdulillah, kakcik sihat..

    Persiapan raya?? Belum ada... :)

    BalasPadam
  30. AzeedA..

    wehhh... pagi ghaye takkan nak makan megi je! (tapi sesekali sedap gak..) :)

    BalasPadam
  31. Salam Kakcikseroja,

    Sedapnya kuim muih yang terhidang. Kat umah jiran-jiran kuih dulu-dulu ni kurang ah. Wajik, halwa maskat, halwa buah dsb.

    Yang ada yang biasa-biasa dalam menu kueh hari raya....sedapnya....

    BalasPadam
  32. Salam Hj. Zed..

    mana nak dapat kuih muih macam tu, ya? Orang sekarang lebih kenal almond london, mama carry dan banyak lagi yang kadang2 nak sebut pun tak fasih lidah kita! :)

    BalasPadam
  33. Reen..

    kakcik rasa ada kot kat KL ni.. mcmnpun rasanya tak seenak yang kat kampung - dibuat secara tradisional lg.. :)

    BalasPadam
  34. psstt kakcik.. megi bukan utk pg raye.. utk time2 mangkit tingge 20menet nk imsak.. hehe.. ;)

    BalasPadam
  35. Saya dah buat produk halwa maskad ini. Telah mendapat pujian ramai. Tidak terlalu manis & lembut. Boleh order dan dipos.Sudilah mencuba produk traditional ini. Contact : 019 4567 473, email : warisan.emak@yahoo.com

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com