Kawan-kawan kakcik

Ahad, 2 Oktober 2022

Tetamu tak diundang...

 Nanti...

Bakal ada tetamu

Singgah tanpa kau tunggu

Tidak juga memberitahu dahulu


Dia akan datang

Menyapa dengan ramah

Bertanya apa kau perlu seisi rumah


Walau kau tidak minta

Dihulurkan hadiah semanis wajahnya

Walau kau endah tak endah

Dia tak akan berkeluh-kesah


Kau dengarkan sahaja

Akan pujuk rayunya

Berjanji itu ini

Konon apa kau pinta akan diberi


Terpulang kepada kamu

Hendak terpedaya berulang kali

Atau hendak menetapkan hati

Buat-buat tidak peduli


Entahlah... 

Yang baik bukan tiada

Yang merosakkan lebih berbahaya

Penuh tipu daya

Akhirnya terpedaya...


3 ulasan:

  1. Ya tak lama lagi dia akan hadir tapi cuma untuk memberi janji, janji palsu yang tak akan ditepati.

    BalasPadam
  2. Memang itu sebahagian daripada tugas mereka

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com