Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 15 Mei 2021

Salam Aidil Fitri 1442H...

Sekejap sahaja hari ini sudah 3 Syawal 1442H.  Kepada yang sudah mula berpuasa 6 hari di bulan Syawal, diucapka selamat berpuasa.  Iyalah kan, hari raya pun tidak macam hari raya.  Terkurung tidak ke mana-mana...


Dalam hutan ada gua,
Galah sebatang ada disorokkan,
Salam lebaran dari kami berdua,
Salah dan silap mohon ampunkan.


Pada malam menjelang hari raya, makcik menerima undangan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka untuk bersiaran di laman sosial mereka sebagai pengikut tegar!.  Entah apa yang makcik repekkan pada malam tersebut ikut sedap mulut sahaja.  Sempat jugalah makcik berpantun seperti berikut :
 
Pohon kuini pohon berangan,
Ke hujung kampung buahnya dicari,
Raya ini menandakan kemenangan,
Walau terkurung tetap dirai.



Dah tua-tua ini, sebenarnya raya tak raya, sama sahaja.
Cuma kasihan kepada anak cucu yang belum mengerti.  
Bagi mereka, hari raya pakai pakaian cantik-cantik dan jalan-jalan.
Bila terkurung, nampaklah mereka tidak gembira.  Menjadi 
tanggungjawab ibubapa memberikan penerangan sewajarnya kenapa
Hari Raya tahun ini sangat berbeza...


8 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Kakcik sekeluarga. Norma baharu.

    BalasPadam
  2. Wah kakcik top fan DBP.

    Selamat hari raya kakcik.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kak
    selamat hari raya idulfitri maaf zahir batin. moga sambutan aidilfitri tahun ini tetap meriah biarpun dalam suasana norma baharu..

    BalasPadam
  4. Salam raya PKP buat KCS sekeluarga
    maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Kakcik.

    Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Suka sangar dengan pantun-pantun kakcik. Indah bahasanya, tersirat dan tersurat maksudnya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com