Makcik panggil dia Omot sebab masa baru-baru sibujang makcik ambil, makcik nampak dia sangat comot. Sibujang bagi nama Maha (Maha apa makcik tak ingat. Kucing sebelum ini dia bagi nama Muffin Mufasa - makcik panggil Katak sebab suka duduk macam katak. Satu lagi Mehit Muezza, makcik panggil Mok atau Omok sebab dia gemuk).
Si Omot ini masa baru diambil, diletak dalam sangkar, dia tunjuk perasaan. Bekas makanan, minuman dan pasir semua dia terbalikkan. Lepas itu dia baring terlentang dalam sangkar dengan kaki terjulur keluar. Tenaganya kuat. Dia boleh renggangkan pintu sangkar dan lari keluar. Bila dalam sangkar, dia akan terangguk-angguk menggigil dengan air liur meleleh dari mulutnya (takkanlah air liur keluar dari mata, kan?) sehinggakan suami makcik menyangka dia berpenyakit.
Satu hari, dia terlepas. Puas dicari, tak jumpa. Sampai macik masukkan dalam grup whatsapp jiran setaman. Bila jumpa, dia lari dari bawah satu kereta ke kereta yang lain. Beberapa jam juga hendak mendapatkannya semula.
Sejak itu, Sibujang tidak lagi meletakkannya ke dalam sangkar. Dia pandai balik untuk makan minum dan berehat di hadapan rumah. Tapi dia sangat garang. Kucing lain tak akan dia bagi muka. Semua dia hambat. Kaki kami anak beranak juga dicakarnya Anak-anak cucu semua tak berani mendekatinya.
Tengoklah betapa besarnya dia. |
hihihi.. memang masa ambil tu dha besar ke, kak cik?
BalasPadamkat rumah sy berlaku jugak perang suadara, yg nyerangnya betina yg diserang jantan, huhu
hehehhe muka pun gangster je nampaknya tu kakcik...
BalasPadamkucing rumah dana pun suka gigit tangan dan kaki kita, tanpa mereka kata yg mereka sayang cuma kadang cara tu kasar hehehh
Assalamualaikum Kak Cik,
BalasPadamAlhamdulillah, dapat juga menyambung semula aktiviti berblog ni, dapat juga jumpa kembali Kak Cik ni. Ini cerita miew yer Kak Cik. Cantik nampak miew tu..Dah besar kan.
bird nest
BalasPadamsarang burung
sarang burung walet