9/8/2020 = hari ulangtahun kelahirannya yang ke 19. Masih belajar (baru masuk belajar semula pada 10/8/2020 - sehari selepas hari ulang tahun kelahirannya selepas beberapa bulan 'bercuti' akibat virus Covid19 yang sedang menular).
Tengoklah betapa tingginya dia.
10 tahun lalu dia selalu menjadi 'penghias' blog maknya ini. Budak tembam bermata sepet...
Masa anak-anak masih kecil, ibulah kawan baik mereka. Tapi semakin meningkat remaja dan dewasa, persekitaran sekeliling banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku. Sebenarnya, tidak boleh menyalahkan pengaruh sekeliling 100% atas perubahan sikap seseorang.
Andai iman dan jiwa kukuh dan teguh, pasti sukar hendak terpengaruh terutama ke arah yang boleh merosakkan diri sendiri. Tidak mengapa jika mengikut yang elok dan baik. Jika sebaliknya, tanyalah iman sendiri - 'betulkah apa yang aku ikuti ini?'