Pertama kali mengenali wanita yang 'pangkat' anak kepadaku ini semasa kami sama-sama bercuti ke Bali pada 2015. Dalam tahun yang sama, kami bercuti bersama lagi ke Kashmir. Selepas itu adalah beberapa kali kami bertemu.
Baru-baru ini beliau telah membuka peniagaan di restoran yang diberi nama Rumah Makan Rizqi Ibrahim. Nama yang diambil semnpena nama anak sulungnya yang kini berusia hampir setahun.
|
Semoga peniagaan yang Nadia jalankan akan terus berkembang maju sehingga mampu membuka cawangan nanti. InsyaAllah. |
|
Antara hidangan yang disediakan adalah nasi ayam. |
|
Nyamannya minum air kelapa. |
|
Di hari lain, kami bertemu lagi di restoran Nadia. Malangnya makcik tak dapat berlama-lama kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. |
|
Hidangan belum sampai, kita bergambarlah dulu. |
Rumah makan Rizqi Ibrahim ini menyediakan hidangan seperti nasi ayam penyet, nasi kerabu, nasi ayam, sup dan lain-lain lagi. Ia terletak betul-betul berhadapan dengan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Kg. Bharu, Kuala Lumpur.
Dah lama tak pergi makan kat Kampung Baru. Kalau pergi nanti boleh lah try
BalasPadamSemoga berkembang maju perniagaannya.
BalasPadamMoga Allah sentiasa murahkan rezekinya
BalasPadamAameen
PadamSedapnya nampak air kelapa tu.
BalasPadamSemoga terus maju jaya rumah makan Rizqi Ibrahim
Sedap nama anak Nadia. Insya Allah rezeki anak mengalir ke perniagaan.
BalasPadamKekenyangan kami kak. penuh perut. big portion. siap tapau bawak balik lagi utk org di rumah.
BalasPadamAlhamdulillah. Moga dengan sokongan pelanggan, Rumah Makan Rizqi Ibrahim tambah maju.
BalasPadam