Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 11 Julai 2020

Muffin namanya...

Ini kucing yang baru diambil oleh anak bujangku...


...diberinya nama MUFFIN...
...usianya baru setahun lebih.  Tengoklah gayanya itu, bukan main lagi.  Makcik bukan suka sangat nak bela kucing.  Baunya buat makcik pening kalahkan orang mengandung!
Yang ini pula kucing yang mengendeng sewaktu kami bersarapan di Melaka tempohari.  Kata tuan kedai, ini bukan kucing mereka, sebaliknya kucing yang datang lebih sebulan lalu.  Rasanya kucing ini ada pemiliknya kerana ia memakai 'kolar'.

Kata tuan kedai, kucing ini tak suka makan ikan.  Hanya makan ayam goreng.  Jadi pakcik minta tuan kedai bagi dia ayam, nanti pakcik bayar harganya.

Tengoklah itu.  Dia bawa lari ayam goreng.  Tapi tuan kedai tidak mahu terima bayaran untuk ayam yang dimakannya.  Semoga murah rezeki tuan kedai.



Bukan susah hendak buat pahala, kan?  Cuma kena ikhlaskan hati untuk memberi...

3 ulasan:

  1. Betul mak...belakang rumah SA ada sekumpulan anjing, kucing dan dan burung merpati.banyak sangat..hari-hari bagi makan...nasi-nasi yg x habis...apa je bagi kat diorang makan...sambil-sambil mintak diorang doakan agar rezeki kami seksluarga murah...elok je hari2 mereka bertandang

    BalasPadam
  2. Rumah cikson pun ramai pengunjung. Burung macam2 mai dok pagut nasi yg ditabur kat tanah. Seronok tgk mereka. Kucing, musang pun ada. Ular baru sehari dua buat makcik terkejut besar. Berlengkak dalam longkang mujuq tak pagut kami... seram.

    BalasPadam
  3. Mahu atau tidak sahaja kita ini memenuhkan pundi pahala kan kak.Hai Muffin.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com