Kawan-kawan kakcik

Selasa, 14 Julai 2020

Bertemu kawan lama...

Tahukah anda bahawa sekeping ikan patin ini berharga RM30.00?

Kami dibawa makan di restoran SZ Rahmah ini oleh bekas rakan serumahku sewaktu masih gadis dulu dan suaminya. Kami bertemu semula dengan izin Ilahi melalui fb.  Walaupun sudah makan sebelumnya, demi menghormati pelawaan seseorang yang pernah menjadi kawan sewaktu suka duka, kami pergi makan lagi!

Inilah kawanku suami isteri.  Kami sudah lama putus hubungan bila masing-masing sudah berumahtangga dan ada kehidupan sendiri. Mereka juga meluangkan masa seketika membawa kami 'pusing-pusing' ke restoran-restoran ikan patin yang menjadi tumpuan pelanggan di sekitar Temerloh.  Ada restoran yang terletak jauh ke dalam kebun getah tapi diserbu pelanggan sehingga sukar hendak masuk!

Entah bila dapat berjumpa lagi.  Jujurnya, di mataku kawanku ini semakin cantik walaupun kami sebaya.  Aku pula kian gemuk dan semakin tidak tahu cara untuk senyum 😞

Sebelum bergerak balik ke Kuala Lumpur, singgah dulu di sini untuk menunaikan kewajipan kepada DIA yang memberi rezeki dan memudahkan semua urusan kami...

5 ulasan:

  1. Jejak kasih ye kak.
    Harga ikan tu..uishhh..semoga rasanya kena dengan harga.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    selamat pagi selasa
    diharapkan semuanya dipermudahkan

    BalasPadam
  3. Seronok sesekali jumpa kawan2 sembang2. semoga ukhuwah terjalin sentiasa positif, berkasih sayang..
    Patin RM30.. mak oiii.. kali pertama tahu. BIasa makan yang RM10 kat R&R Temerloh setiap kali balik pantai timur

    BalasPadam
  4. huih mahal nya kakcik patin tu... patin bunga ke? mak kawan opis dana ada buka kedai ikan patin rumahnya tepi sungai temerloh... seketul ikan patin tempoyak rm13, tapi memang besar isi nya pn sedap tak rasa hanyir apa semua tapi bukanla patin bunga... cuma memang sedap isi nya

    BalasPadam
  5. Menikmati juadah dalam masa sama bertemu sahabat lama.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com