Jangan pernah berhenti bersyukur
Walau hanya sekadar nasi dan sayur
Ada orang langsung tak boleh tidur
Menahan perut yang lapar hingga menggelupur
Walau hanya sekadar nasi dan sayur
Ada orang langsung tak boleh tidur
Menahan perut yang lapar hingga menggelupur
Nikmat Allah yang mana hendak didusta
Sedang kita tunjuk lagak dan menderhaka
Masih Dia bagi peluang dan tidak menurunkan bala
Tapi kita pula tidak habis bermuka-muka
Kita tunjuk kita kuat
Tidak termakan nista mahupun nasihat
Konon apa sahaja yang kita buat
Orang lain tak perlu hendak terlibat
Sudah banyak yang terjadi
Dipersia-siakan peluang yang Allah bagi
Akhirnya tak guna lagi hendak disesali
Kerana peluang tak datang berkali-kali...
Sedang kita tunjuk lagak dan menderhaka
Masih Dia bagi peluang dan tidak menurunkan bala
Tapi kita pula tidak habis bermuka-muka
Kita tunjuk kita kuat
Tidak termakan nista mahupun nasihat
Konon apa sahaja yang kita buat
Orang lain tak perlu hendak terlibat
Sudah banyak yang terjadi
Dipersia-siakan peluang yang Allah bagi
Akhirnya tak guna lagi hendak disesali
Kerana peluang tak datang berkali-kali...
Setiap hari,semakin singkat masa yg kita ada..kita semua ,sedang beratur menunggu giliran- mati..
BalasPadamsemoga kita sentiasa dikalangan orang yang bersyukur..
BalasPadamBetul tu mak..setuju sangat....SA doakan mak dan ayah sihat selalu ye...
BalasPadamsubhanallah sedap sangat menu nasi lauk kak cik tu
BalasPadamPaling penting rasa syukur..
BalasPadamAlhamdulillah
BalasPadamSyukur
Allahu sungguh mendalam tapi tepat sekali. Alhamdulillah.
BalasPadamLama sungguh tak singgah kesini. Assalamualaikum =)
Sedapnya lauk tu kakcik.. ;)
BalasPadamsentiasa bersyukur dengan segala rezeki yang di perolehi kakcik
BalasPadamsambal belacan tu penaik selera
BalasPadamSemoga kita semua tergolong dalam hambaNYA yang sentiasa bersyukur.
BalasPadamSedapnya nampak nasi tu kakcik kena lawan nya masak lemak dengan sambar belacan dan jantung rebus.