Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 21 Februari 2020

Tanah Perkuburan Islam Karak...

Anak itik kepunyaan Cik Senah
Itik nila milik Che Yahya
Sedangkan putik gugur ke tanah
Inikan pula nyawa manusia


Batu-batu kecil yang tersusun itu sebagai tanda tapak kubur yang belum berpenghuni


Yang sudah 'berpenghuni', binaan yang dibuat adalah sama bentuk dan ukurannya.


Kerana mati itu pasti, giliran kita akan datang juga nanti.


Tanak nasi sehingga hangit
Akibat leka tidak berjaga
Hidup tidak menongkat langit
Tiba masa kembali juga.

Rabu, 19 Februari 2020

Dia sudah 60 tahun...

10/02/2020 = genaplah usia En Suami 60 tahun.  Alhamdulillah, walaupun sering masuk keluar hospital, dia boleh dikatakan masih sihat.  Tidaklah sakit teruk hingga terlantar.  Masih boleh membuat tugas harian seperti biasa.  Cuma sekarang, masalah kakinya yang sukar dibengkokkan selepas menjalani pembedahan pada Januari lalu...


Macam tak percaya pula pakcik ini sudah 60 tahun 😁😁


Selasa, 18 Februari 2020

D'Tepian Sungai...

...Sudah banyak kali sangat ke Teluk Intan, tapi belum pernah singgah di restoran D'Tepian Sungai ini.  Pergi pada 12/02/2020, singgahlah untuk merasai makanannya yang banyak dicadangan di blog-blog yang makcik baca...

Sewaktu kami sampai belum ramai pelanggan lagi.  Restoran pun baru dibuka pada jam 2.00 petang.  Jadi, makcik jalan-jalan dulu ambil gambar-gambar berikut :






Tiba-tiba pula makcik rasa nak minum kopi O ais.

Ini yang kami pesan :  Nasi putih, asam pedas ikan baung, udang galah saiz sederhana masak sambal dan kangkung goreng. Memang sedap makanannya.  Tiada pula gambar selepas yang menunjukkan semuanya licin licau.  Harga pun berpatutan.

Masih lengang

Sebelah malam. Menara ini selalunya bertukar-tukar warna tapi mungkin sebab masih suasana Tahun Baru Cina, menara ini hanya dilimpahi warna keemasan.

Isnin, 17 Februari 2020

Assalamualaikum...

...masih adakah yang sudi singgah di sini?

Bukan tiada cerita,

cuma semangat hendak bercerita itu yang kian menipis.

Nanti ya, perlahan-lahan kuseru,
agar semangat itu datang semula... 

Saat semuanya kian menjauh, DIA sentiasa ada bersama kita. 


(gambar lama yang masih kusimpan)

 

Jumaat, 7 Februari 2020

Jangan melawan hukum...

Jangan pernah berhenti bersyukur
Walau hanya sekadar nasi dan sayur
Ada orang langsung tak boleh tidur
Menahan perut yang lapar hingga menggelupur

Nikmat Allah yang mana hendak didusta
Sedang kita tunjuk lagak dan menderhaka
Masih Dia bagi peluang dan tidak menurunkan bala
Tapi kita pula tidak habis bermuka-muka


Kita tunjuk kita kuat
Tidak termakan nista mahupun nasihat
Konon apa sahaja yang kita buat
Orang lain tak perlu hendak terlibat


Sudah banyak yang terjadi
Dipersia-siakan peluang yang Allah bagi
Akhirnya tak guna lagi hendak disesali
Kerana peluang tak datang berkali-kali...