Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Oktober 2019

Siapa Han Byul?...

Eh... makcik pun dah jadi BBNU (Budak Baru Nak Up) ke?   Tak lah... sesekali apa salahnya tulis kisah hiburan kan?  Seperti Shila Amzah yang mencipta nama di China dan Yuna yang kian dikenali di Amerika, tidaklah salah Han Byul pula mencipta nama di Malaysia, kan?  Lagi pun, demam Korea masih hangat di Malaysia ini.  Bila ada orang Korea 'pandai membawa diri' di sini, pastinya demam itu 'lambat sikit nak kebah'.  

Tapi, Han Byul ini lahir di Australia bukan di Korea.  Di rancangan Big Stage Malaysia Musim ke 2, dia mewakili Korea Selatan.

Dari Wikipedia :

Jang Han-byul ialah penyanyi Australia dan personaliti televisyen yang muncul pada rancangan Code: Secret room dan Society Game Jang Han-byul adalah bekas vokalis utama kumpulan LEDApple dan membuat debut sulungnya dengan album mini CODA pada bulan November 2011. 


Lahir: 4 Julai 1990 (umur 29 tahun), Brisbane, Australia
Kumpulan muzik: Led Apple (dari 2011)
Lirik lagu DUKA DAN BAHAGIA ciptaan sepenuhnya HAQIEM RUSLI yang dinyanyikan oleh Han Byul :

Hamparan hati
Lena memaksa
Terukir indah
Kasih bermadah
Aku cuba untuk meluahkan
Kesan yang kau berikan

Siang terluka

Malam bahagia
Kenangan indah
Terus bersinar
Aku cuba untuk meluahkan
Kesan yang kau berikan

Tangisan embun pagi

Melayari kesedihan ini
Tak akan ku persia dirimu
Mengapa kau pergi

Kini engkau merana

Harapan dari sisa kenangan
Ku tak mampu untuk meneruskan
Kau baluti luka yang berbisa

사랑하면 안되서

(Sarang hamyeon andoeseo)
그렇게 잊을수만 있다면
(Geuleohge I-jeulsu man itdamyeon)
그토록 바래왔던 사랑이
(Geutolog balae watdeon sarangi)
다시 또 있을까
(Dashi tto iss-eulkka)

Memori indah

Kita bersama

Maafkan diri ini

Telah membuat kau tersiksa
Luka dan bahagia
Nilai wang tunai yang dimenangi oleh Han Byul...

9 ulasan:

  1. Ooo dia laaa yang virak tu ek...sebabnya Sis tak layan Big Stage tu hehehe..lama gile tak layan tv ssejak ada Netflix...

    BalasPadam
  2. Haha kalau tanya saya,sah2 geleng kepala sbb saya langsung tak tgk tv

    BalasPadam
  3. I am all that much satisfied with the substance you have specified. I needed to thank you for this extraordinary article. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search

    BalasPadam
  4. Sempat tenguk keputusan aje
    persembahannya tak tenguk.

    BalasPadam
  5. saya tak kenal , kalau pelakon k-drama kenal gak cuma nama diorang tak tau

    BalasPadam
  6. ada episod2 shu tengok dia buat persembahan, memang bersemangat. no wonder dia juara..

    BalasPadam
  7. dana tak layan big stage ni kakcik tp tau la jugak bila tgk iklan tuh kan, memang ramai yg tak suka... tp tengok persembahan dia not bad jugakla... tgk kt you tube bila org dok sebut2 pasal dia. apa pun dah rezeki dia kan

    BalasPadam
  8. Suka dengan dia. Setiap minggu konsisten

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com