Kawan-kawan kakcik

Isnin, 1 Julai 2019

Bertemu kawan-kawan di hari-hari terakhir Syawal ...

... gembira walaupun berjumpa seketika dan kemesraan tetap terasa...

29/6/2019, makcik buat makan-makan sikit di rumah.  Tak jemput ramai pun sebab makcik masak seorang diri dan tak pandai masak banyak-banyak 😏


Makcik cuma buat mee kari dan nasi impit makan dengan kuah kacang / rendang ayam.  Ringkas sangat.
Yang datang beberapa orang kawan zaman aktif berblog tapi masih kekal bersahabat sehingga kini (kami mula kenal melalui blog sekitar tahun 2009)...




Selain itu beberapa orang kawan sewaktu bekerja dulu juga ada datang bersama keluarga mereka.  Alamak! gambar jiran yang datang tak ada pula...







30/6/2019...ke Bandar Baru Bangi. Sudah lama sangat rasanya tidak berjumpa dengan Prof Dato' Dr Abdullah dan Datin walaupun sesekali kami masih berhubungan melalui whatsapp...

Jalan agak sesak...

Bukan makanan yang penting, tapi ukhwah yang tetap terjalin.

Alhamdulillah.  Gelaran, pangkat dan darjat bukan penghalang dalam persahabatan ini...

6 ulasan:

  1. Alhamdulillah...mengeratkan ukhuwahkan Kak..nikmatnya bukan sahaja pada hidangan..tapi pada tali silaturahim yang terjalin juga..

    BalasPadam
  2. bestnya kalau dapat jumpa akk.
    time byk open house ni jalan pun sesak jem sana sini. hebat orang orang yg sanggup mengadap jem yang lama lama tu.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah kakcik, dana pun 30hb tu ada bt makan sikit, jemput jiran2 dan kwn yg dekat2 je

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com