Kawan-kawan kakcik

Selasa, 21 Mei 2019

Hidangan di Bulan Ramadan. ..

...tiada bezanya dengan hari-hari biasa.  Berikut antara lauk pauk yang kusediakan untuk hidangan keluarga (kadangkala hanya kami suami-isteri yang menghadapinya kerana anak-anak berbuka di luar).  Hanya di hujung minggu, adik-adik akan datang berkumpul di rumahku dan meriahnya sangat terasa...

Telur mata + bawang + kicap.  Lebihan ayam sambal.
Ikan kembung masak sambal.  Kubis masak air.
 
Kangkung tumis air.  Sambal sotong.
Lebihan-lebihan lauk sebelumnya.
 
Kubis masak air.  Telur masin.  Telur dadar.
Sardin.  Ayam sambal.

Sesekali buat sambal kelapa makan dengan ulam timun.
Ada terung masak lemak dengan ikan masin. Telur sambal.
Sambal tumis udang dan lebihan ayam/ikan goreng. 
 
Lauk sepanjang zaman - telur mata +bawang + cili + kicap.



Pak choy celur bersama tumisan bawang putih + cili + sos tiram

Masak lemak ikan jenahak dengan tomato

Mangga harumanis pemberian adik bongsuku
 
Masak lemak ikan masin dengan terung lagi.  Ikan sambal lagi.
Telur dadar.

Khamis, 16 Mei 2019

Hari Ke Sebelas Ramadan 1440...

'Ya Allah, tanamkan dalam diriku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik.  Ya Allah, jauhkan diriku dari kemurkaanMu dan siksaan api neraka, wahai Tuhan yang menolong orang yang memerlukan pertolongan. Aamiin'
 
Sudah 11 Ramadan hari ini.  Pantasnya masa berlalu dan tidak terasa masa kian meninggalkan kita.  Ada apa-apa yang berbeza di bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini?  Atau semuanya 'biasa-biasa sahaja'?  Hanya kita dan Allah juga Yang Maha Tahu sejauh mana baik atau buruknya diri dan sikap kita.  
 
Bagi diri ini, hanya usaha dan doa agar segalanya semakin berubah ke arah kebaikan untuk diri sendiri dan keluarga.  Masa yang ada kian singkat dan sekiranya masih juga leka dan alpa, maknanya tiada sesuatu yang menakutkan tentang janji Allah bahawa syurga dan neraka itu adalah benar. 
 
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Isnin, 13 Mei 2019

Kenapa kita berpuasa...

Sekejapan sahaja hari ini sudah 8 Ramadan.
Ramadan yang kita tunggu-tunggu dengan penuh rindu.
Rindu kenapa?  Rindu kepada rahmat yang melimpah-ruah
yang datang bersama Ramadan atau rindu kepada pelbagai
jenis makanan dan hidangan?  Hanya kita yang mampu menjawabnya.  
Dapatkah kita hayati sebenar-benarnya erti lapar dan dahaga kepada mereka yang serba tiada?

Anak-anak kecil - walaupun kita cuba menerapkan nilai-nilai
baik seawal usia mentah mereka, tiba masanya mereka akan punya
citarasa dan kemahuan sendiri.  Mereka mungkin lupa apa yang pernah kita ajarkan.  Jangan pernah putus mendoakan yang baik-baik, agar sekiranya mereka melakukan kesilapan, mereka ingat semula nilai murni yang pernah diterapkan kepada mereka.

Jumaat, 10 Mei 2019

10 Mei 2011...

... sudah 8 tahun Pak (Allahyarham Mansor bin Hj. Mohd) meninggalkan segala-galanya di dunia yang fana ini ...

tenanglah Pak dalam dakapan kasih Ilahi
 

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibubapaku.  Rahmati dan kasihilah mereka  sebagaimana mereka mengasihi diriku...

Menjejaki semula catatanku mengenai PAK, airmata ini mengalir lagi...





Walaupun tidak diketahui bila, namun akan sampai masa untuk aku menyusul ke sana.  Segala rahsia hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Syawal tahun 2010.  Syawal terakhir Pak.

 Pak... orang rindu Pak... 😢😢

Khamis, 9 Mei 2019

Sekejap sahaja sudah 4 Ramadan 1440...

...dan subuh / pagi ini hujan turun dengan agak lebat.  Alhamdulillah.

 Doa hari ke empat Ramadan :

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk melaksanakan perintahMu dan berikanlah aku kemanisan berzikir.  Berikanlah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaanMu. Jagalah aku dengan jagaan dan perlindunganMu, wahai Tuhan Yang Maha Melihat.  Aamiin.

Iya, sangat pantas waktu berlalu.  Kita pun tidak tahu apakah kita akan diberikan kesempatan untuk melalui Ramadan ini hingga ke akhirnya dan bakal bertemu dengan Syawal.  Semuanya menjadi rahsia Ilahi kerana segala-galanya berada di dalam genggamanNya.

Sebagai hamba, marilah bersama-sama kita buat hanya yang diredhoiNya dan tinggalkan segala laranganNya.  Fikir yang baik-baik, tulis yang baik-baik, lakukan yang baik-baik sementara nyawa masih dikandung badan...

Gambar sekadar hiasan : 

Gadis cantik berlesung pipit
Berkebaya labuh berkeronsang suasa
Indahnya awan tergantung di langit
Ciptaan DIA yang Maha Berkuasa


Keindahan yang membuatkan hati turut berzikir...

Dalam diam, hati ini masih mengharapkan segala yang terbaik buat Mohammad Ashraf (Acap) dan keluarganya.  Sesungguhnya hanya Allah juga Yang Maha Mengetahui apa yang sebenarnya terjadi.  Semoga beliau akan segera ditemui walau bagaimana pun keadaannya.
"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Hari Keempat "Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Hari Keempat "Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto
Hari Keempat "Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

Isnin, 6 Mei 2019

Ramadan - bulan keinsafan dan bukan bulan pesta makanan...

...jadi bersederhanalah.  Semoga lapar dan dahaga bukanlah sia-sia, sebaliknya membawa hati merasa insaf pada merka yang sering tidak cukup segala...


Juadah sahur kami malam tadi.  Yang harus ada, kubis masak air kesukaan En Suami.  Ikan masak sambal menggunakan pes sambal tumis Kakcik Seroja.  Mudah dan tidak perlukan masa yang lama untuk menumis...

Kalau biasanya kita berbelanja seadanya sahaja pada hari-hari lain, janganlah pula di Ramadan ini kita berbelanja berkali ganda.  Kononnya Ramadan setahun sekali dan pelbagai makanan hanya ada di bulan ini, maka semuanya ingin dirasai dan akhirnya menjadi pembaziran demi pembaziran yang tidak pun sesekali dikesali. 😞😞

Keinsafan yang bagaimana akan dirasai bila lapar dan dahaga sepanjang siang rupa-rupanya menanti waktu untuk dilampiaskan sepuas-puasnya sebaik tiba Maghrib?  Fikirkanlah...