Alhamdulillah. Terdapat permintaan untuk sambal ini yang asalnya dibuat untuk dimakan dengan lontong.
Sebekas dengan berat lebih kurang 485 gram (mungkin lebih), makcik jual dengan harga RM15.00. Sambal ini di masak lama dengan bahan-bahannya : cili kering, cili merah, cili api, bawang besar, bawang putih, garam, gula, jus asam jawa dan minyak masak.
Makcik hanya buat sambal ini bila ada permintaan. Sekali masak, mungkin hanya untuk 3 atau 4 bekas sahaja. Sekiranya ada yang ingin membuat tempahan, kenalah tempah dua atau tiga hari lebih awal dari tarikh dikehendaki supaya senang makcik menyediakannya...
Pes sambal ini boleh digunakan untuk masak ayam sambal atau apa-apa sahaja yang disukai. Boleh juga digunakan sebagai rencah nasi goreng dan yang sewaktu dengannya...😀😀😀 |
sedapnya tgk ayam tu dikala tgh puasa ni...trus lpr
BalasPadamMemudahkan urusan ni bila ada pes macam ni..
BalasPadammmg sedap pun kakcik, dana suka bt cicah cucur, bt cicah lempeng... kadang msk dlm mee grg ke apa... jimat2 pakai...
BalasPadamtengok kaler sambal dah tahu sambal tu ditumis lama...
BalasPadamsambal yang ditumis lama tu yang bagus kan mak, tak sakit perut dan tahan lebih lama...
all the best mak!
Semakin kencang bisness KC ye..... alhamdulillah. Tahniah KC, selagi kita tak mencuba kita tak tau market mcm mana kan KC. Bila dah start, tak henti henti org order. Teringin gak nak order dgn KC satu hari nanti, insyaallah
BalasPadamkalau ada ke Shah Alam, mai bak sini 4 botol.
BalasPadamSedap nya Kakcik..
BalasPadam