Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 27 April 2019

Azhan Rani - bakat lakonannya kini diperkatakan di sana sini...

Aku pernah menulis tentang pelakon ini pada 7 Oktober 2014 di SINI.  Di akhir tulisan itu, aku ada menyatakan harapan berikut :
... dan gara-gara drama NUR dan NUR 2,  nama Azhan Rani yang membawa watak Ustaz Syed Hamadi  menjadi sebutan.  Dia dikecam dan dibenci menunjukkan lakonannya memang menjadi.

Aku sendiri hanya menonton drama Nur untuk beberapa episod sahaja.  Untuk Nur 2, aku langsung tidak menonton (aku rakam episod terakhir tetapi akhirnya aku tidak menontonnya juga).  Aku memang suka dengan lakonan Azhan.  Banyak drama lakonannya aku ikuti.  Tetapi aku tidak menonton drama Nur / Nur 2, kerana aku tidak mahu jantungku 'bekerja keras'.  Membaca ulasan di sana sini sahaja sudah membuatkan aku semput, apatah lagi jika aku menontonnya 😅😅.

Diakui bahawa Azhan Rani tidak datang dalam pakej TAMPAN dan SEGAK BERGAYA.  Namun lakonannya jauh lebih baik dari mereka yang mengharapkan wajah kacak semata-mata.  Benar, bakat boleh digilap.  Tapi selama mana?  Sekadar menjadi watak utama dalam drama-drama berbaur cinta dan menjadi anak orang kaya (pergi ke pejabat tapi atas meja hanya ada komputer riba dan kertas sehelai dua), apa sebenarnya pengisian yang cuba dibawa?  Akhirnya untuk melakukan drama, diciptalah cerita-cerita cinta di luar layar...huh!

Azhan Rani - lelaki berusia 43 tahun berasal dari Tanjung Karang, Selangor (kusangkakan  berasal dari Kuala Kangsar - daerah kelahiranku...hahaha), tidak memerlukan cerita-cerita luar layar untuk mengangkatnya menjadi popular.  Watak lakonannya sudah cukup hebat hingga melayakkan beliau diangkat sebagai Pelakon Antagonis Pilihan DFKL

Syabas Azhan Rani.

7 ulasan:

  1. PC suka lakonan beliau Kakcik.Jarang yang menghampakan..beliau dilahirkan beserta bakat..alhamdulillah..lagi sorang yang PC suka lakonan Beto Kusairy.

    BalasPadam
  2. sy pun x tgok nur 2 kak cik..entah knp..tp nur 1 tgok smpi hbis

    BalasPadam
  3. Pernah tenguk lakonan dia ni
    cuma tak tau namanya.

    BalasPadam
  4. masa baca nama azhan rani, saya terbayangkan muka rani kulup..

    BalasPadam
  5. dana minat dia lama dh kakcik, suka cara dia yg bersahaja je... lagi2 klu berlakon watak yg kelakar, watak serius apa tah lg...

    BalasPadam
  6. Ohh KC tak tengok Nur eh....Saya mmg ikut drama Nur ni dari Nur 1 lagi.... Salah satu sebabnya sebab pengarah cite tu kawan satu sekolah. Senang sikit nak komen dlm Wa grup hihi.....Tapi mmg menjadi betul lakonan dia kan KC

    BalasPadam
  7. Mrs. A memang suka kalau Azhan Rani bawa watak menjadi jer... tak macam sesetengah hero tu harap muka je handsome tapi berlakon macam kayu hahahaaa....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com