...menjadi seorang pesara, memang kedengaran atau kelihatannya mempunyai sangat banyak masa terluang. Hakikatnya, hanya mereka yang menghadapi situasi 'alam selepas pekerjaan' ini yang mengetahui sendiri bagaimana aturan hidup mereka ditangani...
Menghabiskan sisa-sisa hidup, kadangkala menjadi satu perjalanan yang sia-sia jika tidak kena gaya dalam menanganinya. Bagaimanapun, ruang yang lebih terbuka memberikan kita sedikit waktu rehat yang mungkin selama ini kita tak punya.
Konon-kononnya kerana ada waktu rehat yang panjang, aku telah membeli filem Saloma - Sebuah Biopik karya Melissa Saila di Saluran Astro. Filem yang mempunyai dua bahagian dan disiarkan di dua saluran Astro, boleh dibeli dengan harga hanya RM20.00 sahaja. Dan - seperti selalu, aku memang tidak berkesempatan untuk menonton dari awal hingga akhir dengan sepenuhnya walaupun filem tersebut disiarkan berulang-ulang untuk tempoh 48 jam.
Walaubagaimanapun, dalam kesempatan menonton, aku sangat tertarik dengan lakonan aktor berbakat - Azhan Rani. Melihat kepada watak yang dibawakannya, memang aku merasakan yang sedang berlakon itu adalah AR Tompel yang sebenar-benarnya. Gaya percakapan, perawakan dan serba-serbinya, bagaikan itu adalah Tompel yang sebenar walaupun aku rasa Tompel agak lebih kurus dari Azhan Rani.
Sumber gambar : DI SINI |
Aku tidak ingin memperkatakan tentang peribadi Tompel sebagaimana yang digambarkan di dalam filem tersebut. Sebaliknya, aku hanya ingin menyatakan tentang keberkesanan lakonan Azhan Rani mengikut pandangan dan penilaianku sendiri. Mudah-mudahan selepas ini, lebih ramai pihak yang membuka mata akan bakat dan kebolehan lelaki ini...
Sumber gambar |
Sumber gambar |
saya mmg minat lakonan azhan rani..pertama kali tgk dalam geng surau..dia jadi pak abu klu x salah.mmg pandai belakon la dia ni..menjadi2..(^_^)
BalasPadammemang ada iras
BalasPadamEh... bila digayakan mulutnya begitu macam seiraslah kakcik..
BalasPadamsama la
BalasPadamISHHH MACAM SEIRAS AJE..... DIA MMG PANDAI BERLAKON KAK ...
BalasPadamPatutnya, ambik Adlin Aman Ramli aja yg lakonkan watak Tompel..ekekekeke
BalasPadamSaya suka lakonan beliau juga. Berilah apa watak sekalipun, semuanya manis saja. Inspektor polis, bapa, samseng kampung, guru...semuanya menjadi.
BalasPadamsaya suker ape saja watak yang dia bawak mak...
BalasPadamoh pelakon itu kah yang melakonkan watak AR Tompel, dari segi rupa memang saling tak tumpah :)
BalasPadambtl kak... sesuai sgt... dana pun dh tgk... mmg ada gaya...
BalasPadammmg best tgk cerita tuh, berbaloi byr rm20
azhan rani berjaya jadi 'tompel'..serius. macam tu jugak tony eusoff. tahniah utk mereka.
BalasPadamsalam kak Cik..singgah sini baca artikel
BalasPadamfollow kak cik 1101, cantik angka hehe.. teknik solekannya berjaya menyamai wajah arwah tompel kan kak cik.. :)
BalasPadamMuka dia memang sebijik mcm arwah.. And memang kebanyakan pelakon yg talented kat Malaysia, bukanlah pelakon yg selalu dapat award. Malangnya, tak tahulah apa yg menjadi penyukat dlm anugerah industri filem negara kita ni. Pelik
BalasPadampenyukat dalam anugerah industry filem?? kontroversi dan publisiti melampau yang membawa kepada populariti....yg selalu keluar tv terutama rancangan gossip atau majalah, suratkhabar untuk cerita baik atau tidak baik, ada facebook, instagram dan yang sewaktu dengannya, rajin post gambar , post cerita, update berita hingga tiada rahsia menjadikan peminat/penonton/pembaca sentiasa ingat mereka....kualiti lakunna/nyanyian/karya sudah tidak menjadi keutamaan...
BalasPadamRamai anak-anak Tompel adalah pelakon. Kenapa Pengarah tak ambik anak-anak Tompel melakonkan wataknya? Mungkin ada sesuatu tentang peribadi bapa mereka yang mereka tak sampai hati melakonkamnnya??
BalasPadammemang kena ngan wajah dia jd AR Tompel tu...Alin pun teringin nak beli kat Astro nanti
BalasPadam